RM50,000 ganjaran di mana Prasana Diksa

0

Prasana Diksa bersama bapanya Muhammad Riduan Abdullah.

PETALING JAYA: Pasukan Bertindak Indira Gandhi (Ingat) menawarkan ganjaran RM50,000 kepada individu yang memberikan maklumat berhubung lokasi anak perempuan Indira Gandhi, Prasana Diksa.

Prasana diambil bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah, sebelum dia memeluk Islam pada 2009, ketika itu Prasana berusia 11 bulan dan mereka dipercayai berada di luar negara.

Mahkamah mengarahkan Riduan mengembalikan Prasana kepada Indira dan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador bulan lalu berkata, pihaknya sedang berunding untuk mambawa Riduan dan Prasana pulang ke tanah air.

“Ganjaran RM50,000 akan diberi kepada sesiapa yang dapat memberi sebarang maklumat berhubung lokasi Prasana.

“Kalau mereka nampak, tahu kawasan atau lihat dia bersama orang lain, bila, di mana. Kami akan beri ganjaran sewajarnya,” kata Pengerusi Ingat Arun Dorasamy kepada FMT.

Dorasamy berkata, ganjaran itu hanya akan diberi sekiranya “maklumat tepat dan sahih” yang membawa kepada lokasi Prasana.

Beliau berkata, ganjaran itu dikumpul melalui derma orang ramai.

Terdahulu, Dorasamy berkata Indira akan berjalan sejauh 350km dalam masa 12 hari ke Putrajaya untuk menghantar surat tuntutan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan diiringi ahli Ingat.

Dorasamy turut memberitahu mereka akan menghantar memorandum kepada Agong dalam perjalanan ke Putrajaya.

Butiran mengenai perkara itu akan diumum pada sidang media di Kuala Lumpur esok.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM399,236.52
Ethereum (ETH) RM7,500.43
Tether (USDT) RM4.20
BNB (BNB) RM2,527.23
USDC (USDC) RM4.20
XRP (XRP) RM8.99
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM2.79
Solana (SOL) RM608.14
Dogecoin (DOGE) RM0.709757
Polkadot (DOT) RM16.60
Polygon (MATIC) RM0.900821
Lido Staked Ether (STETH) RM7,506.48
Shiba Inu (SHIB) RM0.000053
Dai (DAI) RM4.20
TRON (TRX) RM1.03
Avalanche (AVAX) RM83.20