RTM ‘rehatkan’ ustaz Don daripada program Salam Baitullah

0

Pendakwah Ustaz Don Daniyal Don direhatkan dari program Salam Baitullah terbitan RTM selepas terdapat pertikaian mengenai sejarah hidup Nabi Muhammad. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) merehatkan pendakwah popular ustaz Don Daniyal Don Biyajid daripada program Salam Baitullah selepas terdapat pertikaian mengenai sejarah hidup Nabi Muhammad.

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman, dalam hantaran di laman sosial X berkata tindakan itu diambil untuk meredakan keadaan.

“Saya meminta untuk rehatkan dulu ustaz Don dari Salam Baitullah. Jangan tanya apa yang saya fikir dan rasa. Terkelu,” katanya.

Salam Baitullah adalah rancangan RTM yang bersiaran pada musim haji bermula 2 Jun hingga 17 Jun.

Beberapa pihak termasuk pengguna media sosial mempertikaian dakwaan Don Daniyal di sebuah stesen radio mengenai kisah cinta pertama Nabi Muhammad.

Dalam program berkenaan, Don Daniyal mendakwa Nabi Muhammad pernah melamar seorang wanita yang dikenali sebagai Ummu Hani sebanyak tiga kali.

Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata kisah Nabi Muhammad melamar Ummu Hani adalah benar sewaktu wanita itu baru memeluk Islam tetapi hanya berlaku sekali sebagaimana yang diriwayat dalam Sahih Muslim.

Bagaimanapun, dakwaan dua lamaran yang berlaku sebelum memeluk Islam adalah tidak diterima kerana sanad riwayatnya terlalu lemah dan tidak layak dijadikan sandaran.

“Seterusnya menyatakan Ummu Hani cinta pertama Nabi Muhammad adalah tidak diketahui sumber asalnya untuk memastikan hal demikian adalah benar,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM441,877.68
Ethereum (ETH) RM10,205.20
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,737.39
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.01
BUSD (BUSD) RM4.27
Cardano (ADA) RM3.09
Solana (SOL) RM702.02
Dogecoin (DOGE) RM0.934346
Polkadot (DOT) RM19.29
Polygon (MATIC) RM0.986774
Lido Staked Ether (STETH) RM10,176.84
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.12
Avalanche (AVAX) RM93.22