Sabah tutup pasar di Luyang kerana kesesakan

0

Gambar kesesakan di Pasar Foh Sang di Luyang yang tular di media sosial hari ini dengan orang ramai beratur panjang untuk masuk ke premis itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengambil keputusan tidak membenarkan Pasar Foh Sang di Luyang di sini beroperasi, berkuat kuasa serta-merta sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Safar Untong dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu diambil berikutan kesesakan di pasar itu setiap hari.

“Oleh itu, kerajaan negeri mengambil maklum mengenai kesesakan yang berlaku di pasar itu dan tidak membenarkan beroperasi sepanjang PKP,” katanya.

Sementara itu, Adun Luyang, Phoong Jin Zhe menerusi Facebooknya menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan itu.

“Saya telah tegaskan banyak kali – ini bukan tempat yang anda boleh beli-belah seperti hari-hari biasa. Tiada kupi-kupi. Tiada jalan-jalan.

“Ia adalah PKP (perintah kawalan pergerakan). Ia adalah masa yang luar biasa. Hanya apabila kita mematuhi perintah ini, kita boleh memeranginya bersama-sama.”

Keadaan sesak di pasar itu tular di media sosial hari ini di mana orang ramai beratur panjang untuk masuk dan kawasan letak kereta juga dipenuhi kenderaan pengguna.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM444,314.27
Ethereum (ETH) RM10,877.10
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,786.97
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.17
BUSD (BUSD) RM4.24
Cardano (ADA) RM3.24
Solana (SOL) RM721.07
Dogecoin (DOGE) RM0.934114
Polkadot (DOT) RM20.34
Polygon (MATIC) RM0.997863
Lido Staked Ether (STETH) RM10,863.50
Shiba Inu (SHIB) RM0.000063
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM99.58