Saham Axiata naik susulan pelaburan Great Eastern

0

SAHAM Axiata Group Bhd di Bursa Malaysia meningkat pada sesi dagangan awal hari ini susulan sentimen positif pelabur terhadap kejayaan cabang perkhidmatan digitalnya, Axiata Digital Services Sdn Bhd meraih pelaburan strategik bernilai US$70 juta (RM299.36 juta) daripada Great Eastern Holdings Ltd, semalam.

Setakat 10.31 pagi tadi, kaunter itu menyumbang 3.98 mata kepada FBM KLCI apabila menokok empat mata atau 1.18 peratus kepada RM3.43 dengan sejumlah 663,600 saham saling berpindah tangan.

Semalam, Axiata berkata menerusi pelaburan tersebut, Great Eastern akan memegang 21.87 peratus kepentingan dalam perniagaan DFS Axiata Digital iaitu Boost Holdings Sdn Bhd manakala baki 78.13 peratus dimiliki oleh Axiata Digital.

Pelaburan strategik itu juga bertujuan untuk memperkukuh perkhidmatan kewangan digitalnya (DFS) yang pesat berkembang di seluruh rantau ini.

“Sejak dua tahun lepas kami telah memperhebatkan lagi tumpuan terhadap usaha pembangunan dan peningkatan jenama perkhidmatan kewangan digital menggunakan teknologi digital serta aset-aset syarikat telekomunikasi kami kepada mereka yang terbabit,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital, Mohd Khairil Abdullah yang dipetik berkata demikian, semalam.

Menurutnya, hasil pelaburan itu akan digunakan untuk membiayai rancangan perluasan perniagaan DFS Axiata Digital di Malaysia dan di rantau ini pada tahun depan.

Berita berkaitan:

  • Great Eastern labur hampir RM300 juta dalam Axiata Digital
  • Source link

    Leave A Reply
    Bitcoin (BTC) RM447,931.94
    Ethereum (ETH) RM10,925.35
    Tether (USDT) RM4.30
    BNB (BNB) RM2,861.74
    USDC (USDC) RM4.30
    XRP (XRP) RM10.36
    BUSD (BUSD) RM4.30
    Cardano (ADA) RM3.52
    Solana (SOL) RM760.28
    Dogecoin (DOGE) RM1.04
    Polkadot (DOT) RM22.30
    Polygon (MATIC) RM1.16
    Lido Staked Ether (STETH) RM10,914.35
    Shiba Inu (SHIB) RM0.000071
    Dai (DAI) RM4.30
    TRON (TRX) RM1.15
    Avalanche (AVAX) RM108.89