Sarawak tubuh pasukan tugas khas teliti inisiatif biaya projek persekutuan

0

Pada 30 Mac lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Sarawak menjadi kerajaan negeri pertama yang membiayai terlebih dahulu projek persekutuan di negeri itu bagi mempercepat pelaksanaannya. (Gambar Bernama)

KUCHING: Pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi meneliti terma rujukan untuk pelaksanaan inisiatif pembiayaan terlebih dahulu oleh Sarawak bagi projek-projek persekutuan di negeri ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Michael Tiang Ming Tee berkata, pasukan berkenaan akan diterajui bersama ketua setiausaha negara dan setiausaha kerajaan negeri.

“Pasukan petugas khas itu akan mengemukakan perincian pelaksanaan (inisiatif pembiayaan),” katanya menjawab soalan Wong Soon Koh (GPS-Bawang Assan) semasa sesi soal jawab pada sidang DUN Sarawak.

“Sehubungan itu, segala isu yang berkaitan dengan status pelaksanaan dan tempoh masa bagi menaik taraf hospital serta klinik-klinik usang di Sarawak, yang mengalami masalah pembiayaan akan bergantung terhadap kejayaan terma rujukan dan perincian mekanisme pembiayaan baharu.”

Wong ingin tahu sama ada terdapat sebarang rancangan untuk memulihkan dan menaik taraf klinik-klinik luar bandar yang keadaannya kurang baik dan tidak mencukupi di negeri ini.

Pada 30 Mac lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Sarawak menjadi kerajaan negeri pertama yang membiayai terlebih dahulu projek persekutuan di negeri itu bagi mempercepat pelaksanaannya.

Menurut Anwar, kerjasama yang melakar sejarah itu akan bermula dengan pelaksanaan projek Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM452,522.31
Ethereum (ETH) RM10,500.08
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,788.17
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.69
BUSD (BUSD) RM4.22
Cardano (ADA) RM3.09
Solana (SOL) RM724.69
Dogecoin (DOGE) RM0.92262
Polkadot (DOT) RM18.83
Polygon (MATIC) RM0.963078
Lido Staked Ether (STETH) RM10,489.97
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM94.01