Sasar 70% guna Super MyCar

0

PENYEDIA perkhidmatan e-hailing MyCar menyasarkan 70 peratus pengguna memuat turun versi terkini aplikasi Super MyCar yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan ini.

Pengasasnya, Mohd Noah Maideen berkata, setakat ini, 80 peratus pemandu sudah memuat turun aplikasi itu manakala 12,000 daripada 22,000 pemandu masih menunggu proses diaktifkan dalam aplikasi berkenaan.

“Sebanyak 40 peratus pengguna sudah berpindah daripada aplikasi sebelum ini. Malah, aplikasi lama itu digunakan oleh tiga juta pengguna,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, pengguna hanya boleh menggunakan fungsi e-hailing setakat ini kerana aplikasi itu hanya dijangka siap sepenuhnya pada hari pelancaran kelak.

Dalam aplikasi itu, MyCar memperkenalkan fungsi terbaharu seperti sistem ganjaran sebagai tanda penghargaan kepada pengguna penambahan ciri lain termasuk MYCar Eats, Mycar Delivery dan MyCar Shop.

Selain itu, Mohd Noah turut memberi jaminan bahawa privasi pengguna dalam aplikasi lama tidak akan terjejas.

“Pengguna tidak perlu bimbang kerana peralihan ini. Data privasi pengguna adalah milik MyCar dan tidak akan dilepaskan sewenangnya-wenangnya,” katanya. – Bernama

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM415,125.50
Ethereum (ETH) RM7,905.35
Tether (USDT) RM4.36
BNB (BNB) RM2,628.13
USDC (USDC) RM4.36
XRP (XRP) RM9.77
BUSD (BUSD) RM4.34
Cardano (ADA) RM3.05
Solana (SOL) RM644.41
Dogecoin (DOGE) RM0.766687
Polkadot (DOT) RM18.06
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,893.96
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.36
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM94.24