Sasar bantu 3,500 usahawan mikro

0

BANK Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) meletakkan sasaran untuk membantu sehingga 3,500 usahawan mikro dalam tempoh lima tahun akan datang melalui pembiayaan Mikro BangKIT.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, pihaknya turut menyasarkan dapat memberi peruntukan RM20 juta sehingga 2025 untuk pembiayaan itu.

“Mikro BangKIT adalah inovasi pembiayaan mikro yang dibiayai oleh instrumen sedekah, inisiatif yang pertama seumpamanya di Malaysia bertujuan memperkasa agenda kewangan sosial.

“Sebagai permulaan, jumlah peruntukan untuk pembiayaan Mikro BangKIT sebanyak RM2 juta dengan sasaran lebih 200 usahawan mikro mendapat manfaat daripada kemudahan ini,” katanya.

Menurutnya, dana pembiayaan mikro ini akan diperoleh melalui Sadaqa House daripada penderma dalam kalangan institusi korporat dan orang ramai.

“Pembiayaan Mikro BangKIT ini disediakan khusus untuk membantu segmen usahawan mikro terpilih yang tidak mendapatkan modal daripada perkhidmatan perbankan bagi memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan.

“Ia juga akan membantu membina rekod kredit bagi melayakkan mereka mendapat pembiayaan lain pada masa hadapan,” katanya selepas majlis pelancaran Mikro BangKIT secara maya di sini, semalam.

Majlis dilancarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mohd Muazzam berkata, pembiayaan Mikro BangKIT yang ditawarkan di bawah kontrak al-Qard (tanpa faedah) menyediakan pinjaman serendah RM500 hingga RM3,000 bagi perniagaan baharu dan RM3,000 sehingga RM20,000 bagi pengembangan perniagaan dengan tempoh bayaran balik antara enam bulan dan tiga tahun.

Menurutnya, pelanggan yang mendapat manfaat fasiliti ini perlu menjalani latihan keusahawanan berstruktur bagi memastikan kemapanan perniagaan.

Katanya, pembiayaan Mikro BangKIT hanya disediakan kepada usahawan mikro yang dipilih pembuat perubahan.

Ketika ini ada lapan pembuat perubahan yang bekerjasama dengan Sadaqa House.

Sadaqa House merekodkan dana terkumpul hampir RM6 juta dan daripada jumlah itu, lebih RM1.5 juta disalurkan kepada lapan pembuat perubahan yang seterusnya memanfaatkan lebih 300 penerima yang layak dan memerlukan manakala RM2 juta lagi dilaburkan bagi tujuan impak sosial berterusan ke dalam dana perpetual atau dana kekal.

Mohd Muazzam berkata, Bank Islam sentiasa membuka pintu kepada penderma dan pembuat perubahan untuk terus mengukuhkan l sistem kewangan sosial ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya bahawa instrumen kewangan Islam boleh digunakan untuk menyokong pertumbuhan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

“Bank meletakkan inisiatif kewangan sosial sebagai sebahagian daripada Matlamat Strategik 2021 kami dan sedang menyusun pelaksanaannya sebelum pandemik menular.

“Ketika dunia bergelut dengan kesan ekonomi Covid-19, wabak ini telah mempercepatkan misi kewangan sosial kami kerana keperluannya yang memerlukan penerokaan semua kemungkinan untuk mengurangkan impak terhadap kehidupan masyarakat dan ekonomi negara secara keseluruhan,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM436,245.74
Ethereum (ETH) RM9,378.86
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,656.35
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.71
BUSD (BUSD) RM4.29
Cardano (ADA) RM3.23
Solana (SOL) RM689.43
Dogecoin (DOGE) RM0.8273
Polkadot (DOT) RM19.03
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM9,356.99
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM94.44