Saya takkan tunduk, patah semangat, KJ beritahu selepas dipecat Umno

0


Mesyuarat MKT malam ini memecat Khairy Jamaluddin atas pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan Umno kerana kesalahan sewaktu PRU15.

PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang dipecat parti malam tadi berkata beliau sesekali tidak akan tunduk, patah semangat, dan tidak kecewa dengan pemecatan itu.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed (tak tunduk), unbent (tak patah semangat), unbroken (tak kecewa),” katanya di Twitter.

Terdahulu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di Menara Dato Onn memutuskan untuk memecat keahlian Khairy dan bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar.

Setiausaha Agung Ahmad Maslan dalam kenyataan berkata mereka “dipecat daripada Umno atas pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan Umno kerana kesalahan sewaktu PRU15”.

Namun, tiada huraian lanjut kesalahan yang dikatakan itu.

Khairy, ketika berkempen untuk dirinya selaku calon Barisan Nasional di Parlimen Sungai Buloh pada PRU15, dilapor berkata Umno sudah sesat, perlu kembali ke pangkal jalan, dan perlu diperbetul semula, dan mahu membersihkan parti itu.

BN tewas di Sungai Buloh.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM441,445.14
Ethereum (ETH) RM10,599.01
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,795.34
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.74
BUSD (BUSD) RM4.33
Cardano (ADA) RM3.41
Solana (SOL) RM738.18
Dogecoin (DOGE) RM0.963932
Polkadot (DOT) RM21.40
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM10,587.67
Shiba Inu (SHIB) RM0.000066
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.13
Avalanche (AVAX) RM104.59