Menerusi SelVax, vaksin akan diberikan kepada kanak-kanak dan individu dewasa manakala dos penggalak disuntik kepada individu berumur 18 tahun ke atas dengan syarat enam bulan selepas menerima dos terakhir.
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor akan meneruskan Program Pemberian Vaksin Covid-19 (SelVax) dan dos penggalak secara percuma mulai esok dalam usaha mencegah penularan wabak berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam negeri Siti Mariah Mahmud berkata mereka boleh mendapat suntikan pelalian itu di 15 rangkaian Klinik Selcare dan THE KL clinic yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
“Pendaftaran boleh dibuat secara ‘walk-in’ namun orang ramai digalakkan membuat janji temu melalui panggilan ke talian hotline Selcare iaitu 1-800-22-6600,”katanya dalam kenyataan.
Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang selcare.com untuk maklumat lanjut.
Katanya, vaksin virus akan diberikan kepada kanak-kanak dan individu dewasa manakala dos penggalak disuntik kepada individu berumur 18 tahun ke atas dengan syarat enam bulan selepas menerima dos terakhir.
Previous articleBanks the least trusted, survey showsNext articleAzarenka stunned in Adelaide, Jabeur makes semis