Semak dahulu sebelum daftar sekolah penerbangan, kata CAAM

0

Ketua CAAM Norazman Mahmud berkata untuk mengelakkan kekecewaan, bakal juruterbang harus melawat sekolah untuk melawat kemudahan, bertemu dengan pengajar, dan merasai persekitaran latihan. (Gambar CAAM)
PETALING JAYA: Dengan peningkatan bilangan individu yang bercita-cita menjadi juruterbang serta sektor penerbangan yang beransur pulih, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menasihatkan bakal pelatih melakukan semakan terhadap sekolah penerbangan terlebih dahulu sebelum membuat pilihan.
Pengawal selia penerbangan – yang memberi lesen kepada sekolah penerbangan dan mengeluarkan surat pelepasan kepada pelatih selepas meneliti kelayakan mereka – berkata ia perkara biasa bagi bakal juruterbang mempunyai jangkaan yang tidak jelas atau salah anggap tentang peranan sekolah dan CAAM.
Tambahnya, kurangnya pemahaman mengenainya boleh menyebabkan kekeliruan dan kekecewaan semasa proses pendaftaran, menghalang mereka untuk maju bagi mencapai matlamat masing-masing.
Ketua CAAM, Norazman Mahmud, berkata untuk mengelakkan kekecewaan, bakal juruterbang harus melawat sekolah untuk melihat kemudahan, bertemu dengan pengajar dan merasai pengalaman persekitaran latihan.
Norazman Mahmud.
Beliau berkata mereka harus mengesahkan status akreditasi mereka, program latihan yang ditawarkan, kelayakan tenaga pengajar dan rekod keselamatan mereka.
“Semak dengan teliti program latihan yang ditawarkan oleh sekolah penerbangan untuk memastikan ia sejajar dengan matlamat dan objektif kerjaya.
“Beri perhatian kepada kurikulum, tempoh latihan, peralatan dan sumber seperti bilangan pelajar yang mendaftar dan ketersediaan tenaga pengajar dan pesawat,” katanya dalam notis yang dilihat FMT.
Beliau berkata bakal pelatih juga perlu mempertimbangkan kos, termasuk yuran kursus dan peperiksaan, serta perbelanjaan tambahan lain seperti penginapan dan pengangkutan.
Norazman menasihati mereka untuk mempunyai pelan kewangan bagi menampung kos dan mencari pilihan pembiayaan yang ada jika perlu, sambil menambah bahawa ia akan membantu mereka membuat keputusan termaklum mengenai kesesuaian sekolah penerbangan.
Beliau berkata semua maklumat boleh disahkan melalui laman web CAAM atau dengan menghubungi pengawal selia secara terus.
Terdapat enam sekolah latihan terbang yang diluluskan oleh CAAM di seluruh negara.
Ketika dihubungi, jurucakap CAAM berkata nasihat itu tidak disasarkan kepada mana-mana sekolah penerbangan tertentu. Ia lebih bertujuan untuk membimbing bakal pelatih membuat keputusan termaklum.
Awal tahun ini, CAAM menggantung sementara sekolah penerbangan yang berpangkalan di Selangor selama tiga bulan selepas audit mendedahkan isu keselamatan. Bagaimanapun, pihak sekolah kemudiannya diberi penangguhan selama enam bulan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Menurut sumber, sekumpulan enam pelatih tahun satu berhenti dari sekolah penerbangan selepas menghadapi kelewatan dalam menamatkan latihan mereka. Mereka dikatakan telah memfailkan saman terhadap pengurusan, yang telah memfailkan pembelaan dan saman balas.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM440,577.26
Ethereum (ETH) RM10,028.33
Tether (USDT) RM4.28
BNB (BNB) RM2,825.28
USDC (USDC) RM4.28
XRP (XRP) RM10.02
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM3.33
Solana (SOL) RM741.29
Dogecoin (DOGE) RM0.876685
Polkadot (DOT) RM20.51
Polygon (MATIC) RM1.08
Lido Staked Ether (STETH) RM10,014.89
Shiba Inu (SHIB) RM0.000064
Dai (DAI) RM4.28
TRON (TRX) RM1.11
Avalanche (AVAX) RM99.19