Sistem kupon beli minyak peket dibincang minggu depan

0

Salahuddin Ayub berkata, cadangan sistem kupon untuk membeli minyak masak peket dikemukakan menteri terdahulu, tetapi belum dilaksanakan.
PUTRAJAYA: Cadangan penetapan harga melalui sistem dua peringkat dan kupon pembelian minyak masak peket bersubsidi akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, kedua-dua cadangan itu merupakan hasil sesi libat urus hari ini bersama pemain industri dan wakil Persatuan Pengilang Minyak Masak.
“Pelaksanaan harga minyak masak dua peringkat yang dicadangkan MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) ini akan diperincikan dan mengambil kira semua aspek.
“Cadangan kupon pula telah dikemukakan menteri sebelum ini, tetapi belum dilaksanakan. Jadi, kedua-dua cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat NACCOL,” katanya selepas sesi libat urus itu di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Semalam, media melaporkan Salahuddin akan mengadakan perjumpaan khas dengan pemain industri telur ayam dan minyak masak peket bersubsidi bagi mengenal pasti situasi sebenar serta mendapatkan maklumat terkini berhubung bekalan dua barangan itu.
Menyifatkan sesi libat urus itu sebagai perbincangan terbuka antara kementerian dan pemain industri, beliau yang juga urus setia NACCOL berkata, cadangan yang dikemukakan amat berguna dan akan dicerakinkan secara terperinci sebelum sebarang keputusan atau polisi baharu diperkenalkan.
“Ini bagi memastikan situasi menang-menang dapat dihasilkan kepada pengilang, peniaga dan pengguna.”
Pada mesyuarat 27 Nov lepas, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengarahkan NACCOL mencerakin dan menelusuri implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM468,136.63
Ethereum (ETH) RM11,006.78
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,872.82
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.36
BUSD (BUSD) RM4.35
Cardano (ADA) RM3.31
Solana (SOL) RM740.55
Dogecoin (DOGE) RM1.00
Polkadot (DOT) RM20.59
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM11,083.59
Shiba Inu (SHIB) RM0.000064
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM100.20