Situasi banjir di Johor semakin buruk

0


Segamat merupakan daerah paling teruk terjejas akibat banjir di Johor dengan 975 mangsa daripada 273 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS. (Gambar Facebook Bomba)

PETALING JAYA: Hujan lebat yang turun sejak pagi tadi menyebabkan situasi banjir di Johor semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,093 orang setakat jam 4 petang ini berbanding 422 mangsa yang direkodkan pada jam 2 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (PPBN) memaklumkan lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) baru dibuka menjadikan kesemuanya 13 PPS di daerah Kluang, Segamat dan Kota Tinggi, lapor Bernama.

“Segamat merupakan daerah paling teruk terjejas dengan 975 mangsa daripada 273 keluarga, yang ditempatkan di lapan PPS.

Bagi Daerah Kluang pula, seramai 75 orang daripada 19 keluarga dipindahkan ke empat PPS sementara 43 penduduk daripada enam keluarga di Daerah Kota Tinggi dipindahkan ke sebuah PPS,” kata PPBN.

Menurut jawatankuasa itu juga, setakat ini tiada jalan yang ditutup di negeri ini dengan kesemuanya masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Berdasarkan data Jabatan Pengairan dan Saliran, empat sungai di Johor telah melepasi paras berbahaya dengan trend menaik iaitu Sungai Muar (muara Sungai Gemas) berada di paras 19.04 meter (m), Sungai Lenik (Ladang Chaah) di paras 6.4m, Sungai Segamat (Segamat Kecil) di paras 37.97m dan Sungai Kahang (Kampung Contoh) di paras 14.41m.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan hujan sangat lebat pada tahap bahaya dijangka berterusan membabitkan daerah Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulai dan Johor Bahru.

Menurut MetMalaysia hujan lebat berterusan pada tahap buruk pula dijangka melibatkan daerah Pontian, Segamat dan Batu Pahat, manakala Tangkak dan Muar pula pada tahap waspada.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM422,233.90
Ethereum (ETH) RM8,206.39
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,609.00
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.35
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM3.04
Solana (SOL) RM649.27
Dogecoin (DOGE) RM0.77632
Polkadot (DOT) RM17.99
Polygon (MATIC) RM0.976314
Lido Staked Ether (STETH) RM8,198.30
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM88.92