Sultan Selangor dukacita masalah gangguan bekalan air dihadapi rakyat

0

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita terhadap masalah air dihadapi rakyat tatkala berdepan Covid-19.

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan dukacita dengan keluhan dan nasib rakyat yang berdepan masalah gangguan bekalan air ketika bergelut dengan wabak Covid-19.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Muhamad Munir Bani dalam kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin pada 8 September lalu menghantar surat kepada menteri besar Amirudin Shari berhubung masalah gangguan bekalan air yang sering melanda Selangor.

“Dalam surat berkenaan baginda telah memberikan nasihat serta beberapa syor dan pandangan untuk mengatasi masalah bekalan air bersih tetapi nampaknya tidak memberi kesan kerana masalah sama terus berlaku dan berulang sehingga menyusahkan rakyat yang Sultan Sharafuddin kasihi,” katanya.

Menurut Muhamad Munir, sejak 2009 Sultan Sharafuddin beberapa kali menulis surat kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor agar masalah air tidak dipolitikkan dan diatasi segera kerana ia adalah keperluan asas kehidupan rakyat.

Terdahulu, sejumlah 1,196,457 akaun pengguna Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang sekali lagi mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas 4 loji rawatan air Sungai Selangor dihenti tugas ekoran pencemaran sumber air mentah.

Dalam pada itu, Muhamad Munir berkata Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa bimbang baginda terhadap peningkatan kes positif Covid-19 di Selangor dan seluruh negara sejak kebelakangan ini.

“Oleh itu baginda menyeru agar rakyat terus mematuhi SOP dan tidak ingkar dengan arahan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Beliau berkata, Sultan Selangor amat menghargai usaha doktor dan jururawat yang bersungguh-sungguh memberi rawatan kepada pesakit Covid-19.

“Oleh yang demikian janganlah membebankan petugas barisan hadapan kerana baginda mendapat tahu terdapat ramai rakyat yang masih tidak mematuhi arahan dan melanggar SOP yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, Sultan Sharafuddin turut menasihati rakyat untuk terus berada di rumah dan tidak keluar jika tiada keperluan mendesak selain sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam.

“Baginda turut meminta individu yang pernah ke lokasi berisiko atau kawasan dikategorikan sebagai zon merah hendaklah melaporkan segera kepada pusat kesihatan terdekat untuk melakukan saringan dan tidak menyembunyikan status kesihatan masing-masing,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM445,206.65
Ethereum (ETH) RM11,284.29
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,814.34
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.43
BUSD (BUSD) RM4.30
Cardano (ADA) RM3.36
Solana (SOL) RM744.36
Dogecoin (DOGE) RM0.981444
Polkadot (DOT) RM21.15
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM11,285.50
Shiba Inu (SHIB) RM0.000065
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM102.49