Suspek tikam mati 2 beranak direman 7 hari

0

Suspek direman tujuh hari hingga 14 Nov bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA: Seorang suspek lelaki yang menikam dua beranak hingga maut di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, Pulau Pinang, semalam, direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pemangku Ketua Polis Timur Laut, Lee Swee Sake, berkata suspek direman bermula hari ini hingga 14 Nov.
Katanya, suspek berusia 32 tahun sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Suspek masih hidup dan (dia) dalam keadaan stabil,” katanya kepada pemberita hari ini, menurut Harian Metro.
Semalam, media melaporkan mangsa, Siti Zulaila, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62, maut ditikam seorang lelaki dalam kejadian di hadapan lif di pangsapuri berkenaan.
Insiden itu dipercayai berpunca angkara mangsa wanita dikatakan telah menolak cinta suspek.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa baru pulang dari tempat kerja sebelum didatangi suspek bersenjatakan pisau dan menikamnya.
Bapa mangsa yang menyedari kejadian cuba meleraikan tindakan suspek terhadap anak perempuannya namun dia turut ditikam.
Sementara itu, proses bedah siasat terhadap dua beranak terbabit masih dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HPP.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Tanjong Tokong selepas proses bedah siasat selesai.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM419,235.55
Ethereum (ETH) RM8,032.35
Tether (USDT) RM4.31
BNB (BNB) RM2,600.26
USDC (USDC) RM4.31
XRP (XRP) RM9.71
BUSD (BUSD) RM4.29
Cardano (ADA) RM3.05
Solana (SOL) RM655.93
Dogecoin (DOGE) RM0.788859
Polkadot (DOT) RM18.08
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM8,024.75
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.31
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM92.72