Tahan warga Israel bawah Sosma, kata Pemuda Bersatu

0

Ketua Pemuda Bersatu Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal cadang Sosma dikuat kuasa terhadap lelaki warga Israel itu demi keselamatan negara.
PETALING JAYA: Pemuda Bersatu menuntut lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam senjata api dan 200 butir peluru disiasat bawah Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata demikian memandangkan sehingga kini polis dan Kementerian Dalam Negeri tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan undang-undang yang digunakan bagi penahanan lelaki berusia 36 tahun itu.
“Tempoh tahanan panjang ini (tidak lebih 28 hari) sangat kritikal bagi membenarkan pihak polis mendapatkan maklumat dari agensi-agensi serta jabatan-jabatan lain bagi menyempurnakan siasatan melibatkan keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang, turut mencadangkan kerajaan mengenakan sekatan masuk terhadap warga Israel menggunakan kerakyatan negara lain.
“Hal ini boleh dilakukan dengan semakan tempat pengeluaran pasport serta pangkalan data imigresen negara-negara lain.
“Kawalan keselamatan sempadan negara perlu diperketatkan bagi mengelak individu dipercayai merancang dan berniat melakukan keganasan di negara ini seperti mana yang disyaki keatas lelaki yang ditahan tersebut daripada masuk ke Malaysia,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata polis menahan lelaki Israel di sebuah hotel di Jalan Ampang.
Beliau berkata, suspek mendakwa membeli semua senjata api pelbagai model, termasuk Sig Sauer, Glock-27 dan Smith and Wesson menggunakan mata wang kripto ketika di Malaysia.
Katanya, suspek mendakwa menyasarkan seorang lagi rakyat Israel di negara ini atas alasan pertelingkahan keluarga, tetapi beliau tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai “agenda lain”.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM417,082.58
Ethereum (ETH) RM7,932.22
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,592.00
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM9.55
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.02
Solana (SOL) RM638.78
Dogecoin (DOGE) RM0.779238
Polkadot (DOT) RM17.97
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM7,926.90
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.32
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM91.37