Tahun pemulihan Perodua | Harian Metro

0

Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) menyasarkan jualan kenderaan mereka sebanyak 240,000 unit pada tahun ini iaitu sembilan peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu 220,163 unit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sasaran pengeluaran tahun ini juga meningkat 23 peratus kepada 272,000 unit berbanding 220,968 unit pada tahun lalu yang juga tertinggi dalam sejarah.

“Melalui pengecualian cukai jualan yang dilanjutkan sehingga akhir Jun depan, perkembangan vaksin Covid-19 dan permintaan yang berterusan semua model Perodua, kami yakin 2021 adalah tahun pemulihan buat syarikat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, melalui jumlah pengeluaran yang ditingkatkan ia juga akan membawa penghantaran lebih cepat kepada pembeli jenama kenderaan kompak itu tahun ini.

Katanya, menerusi pemulihan jualan, ia menjangkakan pembelian komponen tempatan sebanyak RM6.5 bilion untuk tahun ini.

“Semua model Perodua mengandungi 90 peratus komponen tempatan dan kekal menjadi pembeli komponen automotif terbesar di Malaysia.

“Kami juga menyasarkan peningkatan pengambilan servis sebanyak 20 peratus kepada 2.4 juta unit terdiri daripada pelanggan semasa serta baru berbanding dua juta unit pada tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, Perodua juga terus berusaha mendapatkan sokongan pelanggan dengan mengubah pendekatan dalam segala aspek seperti perhubungan pelanggan, nilai dan operasi serta bahagian jualan Perodua.

“Pendekatan dinamakan Perodua Smart Build akan merevolusikan penawaran Perodua di samping meningkatkan lagi kemampuan operasi syarikat.

“Maklumat lanjut dan kesan inisiatif ini terhadap Perodua, rakan-rakan niaga, ekosistem automotif serta pelanggan akan diumumkan dalam waktu terdekat,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM430,256.06
Ethereum (ETH) RM8,988.20
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,626.17
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM9.62
BUSD (BUSD) RM4.24
Cardano (ADA) RM3.13
Solana (SOL) RM681.33
Dogecoin (DOGE) RM0.811764
Polkadot (DOT) RM18.35
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM8,972.98
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM90.88