Tak dijemput kempen, DAP serah kebijaksanaan penyokong mengundi

0

Ahli DAP yang termasuk dalam 20,259 pemilih layak mengundi boleh mengundi siapa sahaja calon pilihan pada PRK Nenggiri, kata Ketua DAP Kelantan Azaha Abdul Rani.

GUA MUSANG: DAP Kelantan menyerahkan kebijaksanaan ahli dan penyokongnya dalam mengundi pada PRK Nenggiri yang menyaksikan sekutunya dalam kerajaan perpaduan, Barisan Nasional (BN) berdepan PAS.

Ketuanya Azaha Abdul Rani berkata kebebasan itu diberikan selepas pucuk pimpinan parti itu tidak dilibatkan secara langsung dalam kempen BN susulan tiada jemputan yang disahkan Setiausaha Agungnya Loke Siew Fook.

“Penyokong DAP di Nenggiri kita beri kebebasan dan terpulang atas individu untuk menyokong parti mana bertanding dan beri kebaikan untuk mereka.

“Awalnya kita ada perancangan jika DAP dilibatkan untuk berkempen,” katanya kepada FMT yang maksudnya tidak dijelaskan lebih lanjut oleh Azaha.

Azaha Abdul Rani
Azaha Abdul Rani.

Selasa lalu, media melaporkan Loke berkata DAP tidak akan membantu kempen calon BN Azmawi Fikri Abdul Ghani pada PRK Nenggiri kerana tidak mendapat undangan.

“Kalau ada jemputan kita pergi. Namun, setakat ini tiada lagi jemputan dari mereka. Walaupun muka saya besar tapi tak setebal Dominic Lau (Presiden Gerakan). Kita akan turun jika ada keperluan,” kata Loke.

Mengulas lanjut, Azaha berkata pihaknya mematuhi keputusan pucuk pimpinan DAP untuk tidak berkempen.

“Pucuk pimpinan dah buat keputusan selepas Umno tidak mahu DAP turun sebab mereka rasa sudah kuat untuk menang, jemputan pun belum ada,” katanya.

PRK Nenggiri menyaksikan Azmawi ditentang calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas DUN Kelantan mengosongkan kerusi terbabit apabila penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim terlucut keahlian dalam Bersatu susulan tindakannya menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim.

Seramai 20,259 pemilih layak mengundi membabitkan 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM418,433.12
Ethereum (ETH) RM8,017.62
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,578.61
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.27
BUSD (BUSD) RM4.21
Cardano (ADA) RM2.97
Solana (SOL) RM637.03
Dogecoin (DOGE) RM0.761981
Polkadot (DOT) RM17.90
Polygon (MATIC) RM0.960866
Lido Staked Ether (STETH) RM8,016.35
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM86.89