Tak mungkin berlaku pelanggaran data MyDigital ID, kata Mimos

0

Saat Shukri Embong berkata platform MyDigital ID mendapat data daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

PUTRAJAYA: Agensi bertanggungjawab terhadap projek MyDigital ID, Mimos Bhd memberi jaminan platform itu tidak mungkin mengalami pelanggaran data.

Ketua Sektor Teroka Teknologi Mimos, Saat Shukri Embong berkata pelayan mereka khusus untuk memproses dan tidak akan menyimpan sebarang data peribadi.

Katanya maklumat yang digunakan itu diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Dari segi kuasa kawal selia, kita mempunyai Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Jika maklumat itu membabitkan JPN, ia terletak bawah bidang kuasa mereka.

“Mimos terbabit dalam aspek pelaksanaan dan teknikal, manakala pihak berkuasa kawal selia terakhir ialah JPN sebaik saja proses pendaftaran selesai,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam erti kata lain, beliau berkata sebarang pelanggaran data akan berlaku di pihak JPN.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan melantik Mimos sebagai agensi pelaksana program MyDigital ID dengan peruntukan awal RM80 juta.

MyDigital ID ialah alat pengesahan dan pengenalan diri digital untuk digunakan sektor awam dan swasta bagi mengesahkan identiti pengguna ketika membuat transaksi dalam talian.

Ia melengkapkan, bukannya untuk menggantikan sistem MyKad, dengan menawarkan platform dipercayai dan selamat, memperkemas pengesahan identiti dalam talian bagi membendung penipuan identiti semasa transaksi digital.

Anwar ialah orang pertama mendaftar untuk ID digital.

Saat berkata, kes kecurian identiti tidak banyak disebabkan proses pengesahan sebelum ID digital dikeluarkan.

“Apabila mendaftar untuk ID digital, individu memasukkan MyKad mereka ke kiosk, yang kemudiannya merujuk silang data dengan pangkalan data JPN.

“Jika MyKad betul dan datanya sepadan, ID digital dikeluarkan dan disimpan dengan selamat dalam peranti pengguna.”

Beliau berkata kecurian identiti juga mungkin disebabkan salah mengendalikan peranti pengguna.

“Mungkin peranti mereka digodam atau mempunyai perisian intip.”

Katanya pendaftaran awam dijangka bermula Julai 2024 selepas jumlah kes penggunaan meningkat.

Beliau berkata penggunaan awal membabitkan anggota Kabinet, pegawai kerajaan dan benefisiari kerajaan, sebelum ia dilancarkan sepenuhnya kepada orang ramai.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM458,769.04
Ethereum (ETH) RM10,877.24
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,792.98
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.13
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM3.20
Solana (SOL) RM722.61
Dogecoin (DOGE) RM0.973214
Polkadot (DOT) RM20.12
Polygon (MATIC) RM0.995785
Lido Staked Ether (STETH) RM10,852.65
Shiba Inu (SHIB) RM0.000063
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM96.81