PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas tidak sempat mengundi apabila dilaporkan pengsan di sebuah pusat pengundian di Gemencheh, Negeri Sembilan sebelum disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Tampin, Anuwal Wahab berkata, wanita itu dilaporkan hadir bersama keluarganya untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Rokan.
Katanya, selepas mencelup jarinya dalam botol dakwat wanita itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum segera di bawa ahli keluarganya ke Klinik Kesihatan Gemencheh.