Tapak perkhemahan dimaklum selamat, kata PIBG SJKC Min Hoong

0

PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Choong dimaklumkan tapak perkhemahan River Hilltop, Farmview and River Side, Jalan Genting-Batang Kali selamat untuk tujuan rekreasi. (Gambar Bomba)
HULU SELANGOR: Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Choong, U Chin Ong, berkata beliau dimaklumkan tapak perkhemahan River Hilltop, Farmview and River Side, Jalan Genting-Batang Kali selamat bagi tujuan rekreasi.
“Saya dimaklumkan tapak perkhemahan ini berada di kawasan tanah rata yang sering menjadi lokasi orang ramai berkhemah,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Hulu Yam Bharu.
Katanya, sekitar 20 guru sekolahnya bersama keluarga mereka berkhemah di situ sejak tiga hari lalu dan sepatutnya pulang pada 10 pagi hari ini.
“Saya dimaklumkan kejadian berlaku pada 2 pagi selepas salah seorang mangsa terdengar bunyi kuat runtuhan. Tanah runtuh itu berlaku bertentangan dengan tapak perkhemahan mereka,” katanya.

Chin Ong berkata, beberapa rombongan sekolahnya diselamatkan oleh pengunjung lain dari kem di sekitar lokasi kejadian.
Sementara itu, Penghulu Mukim Hulu Yam, Muhammad Nabil Salehat, berkata kejadian tanah runtuh seteruk ini kali pertama berlaku di kawasan berkenaan.
“Kali terakhir tanah runtuh (gelongsoran) berlaku di Serendah pada 2016 namun tidak seteruk ini,” katanya.
Nabil berkata, pihaknya tidak menjangkakan tanah runtuh berlaku kerana lebih khuatir kejadian banjir.

“Apa yang kami khuatir ialah banjir kilat, tak terfikir soal tanah runtuh,” katanya memaklumkan kawasan itu sering berlaku banjir kilat

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM410,226.31
Ethereum (ETH) RM7,656.46
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,551.52
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.02
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM2.84
Solana (SOL) RM625.06
Dogecoin (DOGE) RM0.728756
Polkadot (DOT) RM16.80
Polygon (MATIC) RM0.922998
Lido Staked Ether (STETH) RM7,676.10
Shiba Inu (SHIB) RM0.000054
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.05
Avalanche (AVAX) RM82.79