Terbangkan dron pada penamaan calon, 2 ditahan

0

Polis menahan dua suspek yang disyaki menerbangkan dron berhampiran pusat penamaan calon di Kelantan.

KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 14 tahun antara dua suspek lelaki ditahan selepas disyaki menerbangkan dron berhampiran pusat penamaan calon (PPC) PRN.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata kes pertama berlaku di PPC Kolej Vokasional Pasir Mas, Bunut Susu pada 9.45 pagi.

“Susulan itu anggota polis mengarahkan suspek berusia 55 tahun untuk menurunkan dron tersebut.

“Polis kemudian bertindak merampas satu unit dron DJI Mini 3 Pro dan satu alat kawalan jauh. Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Zaki berkata, kes kedua dilaporkan berlaku di PPC Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa kira-kira 10.03 pagi.

“Seorang remaja berusia 14 tahun dikesan sedang menerbangkan dron di kawasan kejadian. Polis mengarahkan dron itu diturunkan sebelum dirampas bersama seunit telefon bimbit iPhone 7 Plus, suspek ditahan dan dibawa ke IPD Kota Bharu bagi tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kes dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

“Pihak CAAM telah dihubungi bagi tindakan lanjut bawah Peraturan 140 Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM438,021.87
Ethereum (ETH) RM9,948.71
Tether (USDT) RM4.24
BNB (BNB) RM2,693.53
USDC (USDC) RM4.24
XRP (XRP) RM10.17
BUSD (BUSD) RM4.26
Cardano (ADA) RM3.37
Solana (SOL) RM729.10
Dogecoin (DOGE) RM0.886459
Polkadot (DOT) RM19.75
Polygon (MATIC) RM1.09
Lido Staked Ether (STETH) RM9,902.80
Shiba Inu (SHIB) RM0.000066
Dai (DAI) RM4.24
TRON (TRX) RM1.10
Avalanche (AVAX) RM99.11