Assalammualaikum dan hai semua! Pada 12 Februari 2025, jam 8:30 malam telah berlangsung Maksim Segmenti World Tour anjuran Lo-Fi Entertainment di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Tepat jam 8:30 malam pemain Piano Dunia iaitu Maksim memulakan persembahan beliau. Seramai 2000 penonton hadir dan kesemuanya gembira dengan persembahan bertenaga Maksim.
Kehadiran Maksim ke Kuala Lumpur, Malaysia adalah bersempena album terkini beliau iaitu Segmenti. Album oleh Orkestra Studio Hungary, Krisztian Balassa, dan Maksim Mrvica. Walaupun mempromosikan album terkini, lagu yang akan dimainkan di konsert terdiri dari lagu hit beliau. Sudah semestinya Ruby menantikan beliau memainkan muzik Exodus, Game of Thrones dan Medley hits.


Pertama kali Ruby bawa anak-anak menonton konsert pemain piano dunia. Mereka sangat teruja dengan persembahan, pencahayaan dan kepantasan jari jemari Maksim bermain Piano. Bagaimana salutasi selepas setiap lagu sebagai tanda hormat juga perkara baru buat anak-anak tonton. Persembahan Maksim diiringi oleh orkestra juga memberi impak yang besar. Seronok melihat kerjasama dalam menghasilkan muzik yang indah.
MAKSIM SEGMENTI WORLD TOUR KUALA LUMPUR PLAYLIST
- NEW WORLD CONCERTO
- GLORIETTA
- THE SHOW MUST GO ON
- EXODUS
- CHOPIN PRELUDE
- PROKOFIEV FANTASY
- VICTORY
- ASTURIAS
- FIESTA
- THE MOUNTAIN KING
- CLOCKS
- NEW SILK ROAD
- GAME OF THRONES
- PIRATES OF CARIBBEAN
- DANCING QUEEN
- MEDLEY
- CORRIDA
Persembahan yang menghiburkan dan menakjubkan! Ruby sentiasa teruja ingin ke konsert Maksim. Setiap petikan piano yang dimainkan sangat mendamaikan. Maksim Mrvica adalah seorang pianis berasal dari Šibenik, Croatia dan cukup terkenal sebagai ikon dalam genre classical crossover. Jika ramai meminati selebriti dan penyanyi pada tahun 2003, Ruby lebih ke arah meminati pemain muzik. Maksim sangat kreatif dalam menggabungkan elemen-elemen muzik pianonya.




Flight of the Bumble-bee, Exodus dan Croation Rhapsody sentiasa kegemaran Ruby. Semoga Maksim terus berkarya dan kembali ke Malaysia untuk World Tour seterusnya. Terima kasih Maksim dan Lo-Fi Entertainment!