Terima kasih bawa pulang jasad keluarga saya, kata bapa mangsa

0

Yang di-Pertua Melaka, Ali Rustam (kanan) mengunjungi kediaman Tai Seng Fui di Taman Machap Indah, Machap Baru. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Tai Seng Fui hanya mampu mengucapkan terima kasih berulang kali, selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui empat ahli keluarganya yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali seminggu lalu.
Bapa berusia 63 tahun itu berkata, beliau masih dalam proses menerima hakikat kehilangan anak lelaki, menantu serta dua cucunya sekelip mata dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada Jumaat lalu.
“Terima kasih kepada semua yang membantu, termasuk anggota polis yang melancarkan perjalanan mayat dari Kuala Lumpur, untuk upacara pembakaran pagi tadi,” katanya dipetik Bernama ketika ditemui rumahnya di Taman Machap Indah, Machap Baru, Melaka hari ini.
Terdahulu, jasad Tai Chang Lin, 35, dan isterinya Yu Siew Pay, 34, serta dua anak mereka, Tai Jing Key, 7, dan Tai Jing Rou, 4, dibawa pulang dari Hospital Sungai Buloh ke Melaka sekitar 11.32 pagi tadi.

Tai Seng Fui.
Jasad empat sekeluarga itu seterusnya dibawa ke Taman Peringatan Huai En, Jelutong, Batu Berendam bagi upacara pembakaran dan abu mereka dijangka dibawa pulang ke kediaman waris di Taman Machap Indah esok untuk penghormatan terakhir sehingga 29 Dis ini, sebelum disimpan di Taman Peringatan Eternal Berhad, Selandar, Jasin.
Yang di-Pertua Melaka, Ali Rustam menziarahi keluarga itu dengan diiringi Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem dan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Kalsom Noordin dan Naib Pengerusi PKR Melaka, Ginie Lim Siew Lin.
Ali meluangkan masa hampir sejam bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM452,183.83
Ethereum (ETH) RM10,593.89
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,806.49
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.65
BUSD (BUSD) RM4.14
Cardano (ADA) RM3.12
Solana (SOL) RM719.02
Dogecoin (DOGE) RM0.921199
Polkadot (DOT) RM18.57
Polygon (MATIC) RM0.969424
Lido Staked Ether (STETH) RM10,582.38
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.14
Avalanche (AVAX) RM93.80