TH labur RM147j beli menara VSQ 1 [METROTV]

0

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menandatangani tawaran pembelian menara pejabat daripada Bukit Damansara Development Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Johor Corporation (JCorp) dengan harga RM147 juta.

Menara VSQ 1 ialah menara pejabat 20 tingkat terletak di Petaling Jaya, Selangor dan berfungsi sebagai ibu pejabat QSR Brands yang mengendalikan rangkaian restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut di Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, pelaburan terbaru ini dijangka memberikan pulangan 5.5 peratus berdasarkan perjanjian penghunian penuh dan penyewaan jangka panjang bangunan.

“Sebagai pemegang amanah pendeposit, TH akan terus mencari peluang membuat pelaburan baru secara langsung atau tidak langsung bagi menambah portfolio hartanah yang dapat memberikan pendapatan berulang dan stabil, sekali gus memberi pulangan yang mampan kepada sembila juta pendeposit TH.

“Menara VSQ 1 terletak di Petaling Jaya, bandar raya yang pesat membangun dengan lebih 600,000 penduduk.

“Kedudukan strategik yang disokong rangkaian lebuh raya menjadikannya lokasi popular untuk pembeli dan pelabur hartanah,” katanya dalam kenyataan, di sini.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen di antara Pengarah Eksekutif Pelaburan Lembaga Tabung Haji Hizamuddin Jamalluddin (tiga dari kiri) serta Hazman.
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen di antara Pengarah Eksekutif Pelaburan Lembaga Tabung Haji Hizamuddin Jamalluddin (tiga dari kiri) serta Hazman.

Sementara itu, Pengarah Urusan Damansara Assets Sdn Bhd, Hazman Hilmi Sallahuddin berkata, TH sentiasa komited memberikan kerjasama dan perkhidmatan yang terbaik kepada penyewa dan berharap QSR Brands akan terus berada di bangunan ini untuk tempoh yang lama serta berkembang maju pada masa akan datang.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM448,382.95
Ethereum (ETH) RM11,101.45
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,840.74
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.36
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM3.00
Solana (SOL) RM694.28
Dogecoin (DOGE) RM0.867553
Polkadot (DOT) RM17.79
Polygon (MATIC) RM0.934093
Lido Staked Ether (STETH) RM11,099.08
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM92.15