Tiada bukti pindah minyak Iran di luar perairan Malaysia, kata Anwar

0

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada suatu sidang pleno sempena Forum Ekonomi Qatar 2024 di Doha. (Gambar Bernama) 

DOHA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ‘tidak ada bukti’ pemindahan dari kapal ke kapal minyak Iran yang disekat di luar perairan Malaysia, di sebalik kebimbangan AS tentang Iran menggunakan penyedia perkhidmatan Malaysia untuk memindah minyaknya.

Minggu lepas, seorang pegawai kanan Perbendaharaan AS berkata negaranya melihat kapasiti Iran untuk memindahkan minyak bergantung pada penyedia perkhidmatan di Malaysia.

Pegawai itu juga berkata AS cuba menghalang Malaysia daripada menjadi tempat untuk Hamas mengumpul dana dan memindahkan wang.

Bercakap pada suatu forum ekonomi di Qatar, Anwar berkata Malaysia tidak kapasiti untuk memantau pemindahan dari kapal ke kapal di perairan antarabangsa.

Malaysia sekian lama lantang menyokong perjuangan Palestin dan menyokong penyelesaian dua negara dalam konflik antara Israel dan Palestin.

Anwar bertemu pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, semasa melawat Qatar.

Anwar berkata beliau mempunyai hubungan baik dengan sayap politik Hamas, namun tidak terlibat dengan operasi ketenteraan kumpulan itu.

“Saya tidak terlibat atau berbincang dengan apparatus ketenteraannya,” katanya pada forum itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM463,429.93
Ethereum (ETH) RM10,818.81
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,843.05
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.90
BUSD (BUSD) RM4.13
Cardano (ADA) RM3.22
Solana (SOL) RM747.92
Dogecoin (DOGE) RM0.956194
Polkadot (DOT) RM19.21
Polygon (MATIC) RM0.999312
Lido Staked Ether (STETH) RM10,807.68
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM98.79