Tindakan kumpulan Azmin keluar PKR sudah dijangka, kata penganalisis

0

Pensyarah Universiti Malaya Awang Azman Pawi berkata, lebih ramai ahli PKR ‘menunggu masa sesuai’ untuk keluar parti.

PETALING JAYA: Tindakan ramai ahli PKR, termasuk ahli Parlimen, Adun dan ahli majlis keluar parti sepanjang tempoh beberapa bulan ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, kata seorang penganalisis.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, semua ahli parti itu yang berbuat demikian memang dikenali sebagai penyokong bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Beliau memberitahu FMT bahawa kumpulan itu hanya mengikut langkah pemimpin mereka, selain menambah tindakan itu memang “akan berlaku” dan mungkin telah dirancang lebih awal.

“Masih ada beberapa orang lagi yang menunggu masa sesuai untuk keluar.

“Ia adalah suatu bentuk pembersihan dalam PKR yang akan memperkuat akar umbi parti itu, selain membuka peluang kepada ahli yang lebih setia, berbakat dan berkebolehan menjadi lebih aktif bagi mengisi ruang yang wujud,” katanya.

Awang Azman Pawi

Awang Azman berkata, peletakan jawatan yang berlaku tidak akan memberi kesan ke atas kepercayaan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain kepada presiden PKR Anwar Ibrahim, terutama sekali sewaktu perbincangan mengenai calon perdana menteri gabungan itu belum dimuktamadkan.

“Parti komponen PH tentu tahu tentang kehadiran pemimpin yang akan berusaha mensabotaj atau memperlekeh Anwar kerana kepentingan mereka sendiri,” katanya.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia bagaimanapun tidak bersetuju dengan berkata, tindakan keluar parti itu hanya akan melemahkan peluang Anwar untuk merampas kerajaan pusat daripada Perikatan Nasional (PN).

“Lebih penting, akan timbul persoalan tentang kemampuannya mengawal PKR, apatah lagi kebolehan beliau mentadbir negara,” katanya kepada FMT.

Azmi Hassan

Azmi berkata, Anwar berdepan dengan keadaan yang sama seperti yang dihadapi oleh presiden PPBM Muhyiddin Yassin. Perbezaannya ialah Muhyiddin kini mengetuai kerajaan persekutuan.

“Tindakan keluar parti ini tidak akan berhenti di situ kerana individu lain dalam PKR akan mengambil langkah sama bagi memperlihatkan sikap lebih mesra kerajaan PN,” katanya.

Bercakap tentang tindakan timbalan ketua Wanita PKR merangkap timbalan speaker DUN Selangor Dr Daroyah Alwi meninggalkan parti, Awang Azman berkata, ia adalah sesuatu yang kecil dan tidak memberi kesan besar.

Beliau berkata, Selangor merupakan kubu kuat PKR dan kerajaan negeri pula stabil berbanding kerajaan Kedah di bawah Mukhriz Mahathir yang tumbang selepas 2 Adun meninggalkan parti itu.

Peletakan jawatan Daroyah merupakan kemelut terbaru dalam PKR.

Minggu lepas, ahli Parlimen Lubok Antu dan bekas naib presiden PKR, Jugah Muyang juga keluar parti, sekali gus mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan PN.

Ketua Wanita PKR Haniza Talha masih digantung atas dakwaan bertemu dengan Azmin dan bekas naib presiden Zuraida Kamaruddin di sebuah hotel di Damansara pada 24 Februari lepas.

Azmin dan Zuraida dipecat daripada PKR berikutan penglibatan mereka dalam apa yang dipanggil “langkah Sheraton” yang menyaksikan tumbangnya kerajaan PH dan kemunculan pemerintahan PN.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM449,009.73
Ethereum (ETH) RM11,068.76
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,847.94
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.36
BUSD (BUSD) RM4.19
Cardano (ADA) RM3.00
Solana (SOL) RM695.26
Dogecoin (DOGE) RM0.882638
Polkadot (DOT) RM17.87
Polygon (MATIC) RM0.933958
Lido Staked Ether (STETH) RM11,071.39
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM91.86