Tony, Kamarudin tidak terbabit salah laku

0

PENGASAS bersama AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun tidak terbabit dalam sebarang salah laku membabitkan skandal Airbus, demikian menurut laporan oleh badan yang dilantik untuk menilai secara bebas tuduhan itu.

Ia diputuskan oleh BDO Governance Advisory Sdn Bhd (BDO), yang dilantik oleh jawatankuasa lembaga pengarah AirAsia Group Bhd dan AirAsia X Bhd bagi membantu menilai secara bebas tuduhan itu.

BH Online melaporkan, berikutan itu, Tony dan Kamarudin dilantik semula ke jawatan masing-masing sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan Pengerusi Eksekutif AirAsia.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, AirAsia dan AirAsia X berkata, BDO membentangkan laporan penilaian siasatan dalaman bebas itu, Isnin lalu.

BDO mendapati kumpulan itu mempunyai proses pemerolehan pesawat yang mantap dan pengambilalihan pesawat adalah “wajar dan pada harga yang menguntungkan syarikat”.

“Penajaan pasukan sukan oleh Airbus telah didedahkan dan disokong oleh Lembaga Pengarah AirAsia pada masa yang sesuai,” kata laporan itu.

Laporan mendapati, penajaan terbabit menunjukkan manfaat yang terbukti kepada kumpulan AirAsia dan tidak dikaitkan dengan sebarang keputusan pembelian oleh AirAsia dan bahawa kedua-dua Tony dan Kamarudin telah mendedahkan kepentingan mereka kepada Lembaga Pengarah AirAsia serta tidak mengambil bahagian dalam perbincangan atau keputusan yang berkait dengan penajaan berkenaan.

“Laporan itu kini telah dikemukakan dan diterima oleh lembaga (yang mengadakan pertemuan tanpa kehadiran dua eksekutif itu) dan dari sini, lembaga telah memutuskan untuk mengembalikan kedudukan eksekutif Tan Sri Anthony Francis Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun.

“Oleh itu, pelantikan Tarumalingam Kanalingam (Bo Lingam) sebagai pemangku CEO telah ditarik semula,” kata AirAsia.

Awal bulan lalu, Tony dan Kamarudin melepaskan jawatan eksekutif masing-masing dalam AirAsia untuk tempoh dua bulan, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia ketika itu, AirAsia berkata, langkah itu adalah bagi tempoh dua bulan atau jangka masa yang difikirkan sesuai oleh syarikat.

Berikutan perkembangan ekonomi semasa yang mencabar dihadapi industri penerbangan, Jawatankuasa Lembaga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif yang dibentuk oleh Lembaga Pengarah AirAsia, memutuskan untuk mengekalkan kedua-duanya sebagai penasihat syarikat sepanjang tempoh dua bulan itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM444,314.27
Ethereum (ETH) RM10,877.10
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,786.97
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.17
BUSD (BUSD) RM4.24
Cardano (ADA) RM3.24
Solana (SOL) RM721.07
Dogecoin (DOGE) RM0.934114
Polkadot (DOT) RM20.34
Polygon (MATIC) RM0.997863
Lido Staked Ether (STETH) RM10,863.50
Shiba Inu (SHIB) RM0.000063
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM99.58