UEM Edgenta taja kebajikan tahunan Mas Kira, Mas Boy

0

hmetro.com.my

Kuala Lumpur: UEM Edgenta Bhd bekerjasama dengan Zoo Negara Malaysia untuk menaja sepasang zirafah sebagai haiwan angkat menerusi program Adopt an Animal anjuran Zoo Negara.

Inisiatif tanggungjawab korporat ini untuk menyalurkan sumbangan kebajikan tahunan zirafah berkenaan yang merangkumi penyediaan bekalan makanan dan penjagaan veterinar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin berkata, komitmen syarikat terhadap program ini selaras matlamat untuk menyokong pihak berkepentingan utama seperti Zoo Negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19, melalui aktiviti pembangunan komuniti positif dan berimpak tinggi.

“Kami bangga dapat memainkan peranan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sama-sama membantu Zoo Negara dengan menaja sepasang zirafah comel dikenali sebagai Mas Boy dan Mas Kira.

“Inisiatif ini dapat memperluaskan komitmen kami dalam usaha ke arah kelestarian serta mempromosikan amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) yang baik bersama rakan strategik seperti Zoo Negara,” katanya dalam kenyataan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM451,797.68
Ethereum (ETH) RM11,138.45
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,849.43
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.41
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM2.95
Solana (SOL) RM670.27
Dogecoin (DOGE) RM0.838582
Polkadot (DOT) RM17.75
Polygon (MATIC) RM0.934349
Lido Staked Ether (STETH) RM11,130.62
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.14
Avalanche (AVAX) RM90.66