Umno perlu kuasai kepakaran urus perbezaan dengan DAP, kata Puad

0

Puad Zarkashi berkata kemahiran mengurus perbezaan dengan musuh tradisi Umno iaitu DAP yang umpama anjing dengan kucing dalam sebuah kerajaan adalah cukup penting.(Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi menyarankan parti itu menguasai kepakaran mengurus perbezaan dengan musuh tradisi, DAP bagi memastikan kestabilan politik dibawa kerajaan perpaduan dapat dikekalkan.
“Sekarang kita akan mendapat pengalaman baru, iaitu bagaimana menguruskan perbezaan dengan parti yang menjadi musuh tradisi kita, yang kita sebut sebagai DAP, tetapi berkongsi kuasa. Tak pernah dalam sejarah.
“Jadi kita kena betul-betul menguasai kepakaran baru ini supaya kestabilan politik dapat dipertahankan, pada masa sama meraih semula kepercayaan rakyat bahawa Umno komited dengan kerajaan perpaduan ini,” katanya menerusi bicara ekslusif Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 yang disiarkan menerusi Facebook Umno Online.
Dalam pada itu, Puad berkata, kemahiran untuk mengurus perbezaan dengan musuh tradisi umpama anjing dengan kucing dalam sebuah kerajaan adalah cukup penting.

Tambahnya, beliau yakin isu ‘no Anwar, no DAP’ yang suka dimainkan oleh musuh dalam selimut yang wujud di dalam parti tidak lagi jadi relevan selepas itu.
“PAU ini akan menamatkan perkara tersebut,” katanya.
Semalam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan pada perasmian perhimpunan agung sayap parti berterus-terang dengan perwakilan, terutama tentang kerjasama dengan seteru lama, DAP.
Mohamad berkata, semua tahu Umno dan DAP bertentangan, namun hakikatnya Umno yang tewas PRU15 dipanggil untuk memainkan peranan demi negara, “di saat paling kritikal untuk Malaysia”.

Dalam majlis yang disiarkan secara langsung kepada media, Mohamad berterus-terang mengatakan bahawa Umno dan DAP kenal dan faham pendirian masing-masing.
Namun katanya, Umno membuat keputusan untuk mengurus perbezaan itu bagi menyahut peranan strategik itu dan pilihan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan menjadikan Umno parti yang akan mewakili kepentingan Melayu terbesar dalam kerajaan,
Hakikatnya, tegas Mohamad, keputusan beberapa pilihan raya umum lepas menampakkan bahawa sokongan Melayu tidak meningkat di sebalik cemuhan terhadap DAP.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM450,129.13
Ethereum (ETH) RM11,191.57
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,830.53
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.45
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM2.94
Solana (SOL) RM685.64
Dogecoin (DOGE) RM0.832886
Polkadot (DOT) RM17.75
Polygon (MATIC) RM0.926593
Lido Staked Ether (STETH) RM11,193.74
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM90.71