Dalam situasi ekonomi hari ini yang semakin menekan di mana penjagaan kesihatan menjadi mahal, mempunyai penyelesaian alternatif untuk mengekalkan kesihatan dari rumah adalah amat penting.
Memahami akan kepentingan itu, jenama kesihatan UNEEDIS, baru-baru ini telah memperkenalkan dua produk terbaharu yang merevolusikan kesihatan dan kesejahteraan hidup terdiri dari MultiPlus Nature’s Superfood dan MCT Teraphy Oil yang bertujuan untuk memberikan pengguna pilihan terbaik untuk mengekalkan keperluan kesihatan harian mereka.
MultiPlus Nature’s Superfood dihasilkan daripada bahan semula jadi yang dipilih dengan teliti. Produk ini dikenali kerana kandungan nutrien berkualiti tinggi serta memperbaiki fungsi badan secara menyeluruh. Sementara itu, MCT Teraphy Oil dihasilkan dari minyak pati murni bunga Ros Geranium yang diperkaya dengan nutrien seimbang yang bermanfaat dalam merawat masalah jerawat, serta dermatitis dan lain-lain.
LC International Group Sdn. Bhd, yang diwakili pengarahnya, Encik Zelmey memperkenalkan produk ini sewaktu berlansungnya Forum WELLNESS ECONOMY : Trends & Opportunities yang berlansung di Hotel Concord, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam industri, pengarah LC International Group Sdn. Bhd, Encik Zelmey, telah menjalankan lebih daripada 10 kajian klinikal mengenai produk ini di makmal Los Angeles.
Menurut En. Zelmey, data klinikal hasil dari kajian dan pembangunan yang dijalankan menyokong manfaat produk ini dalam mengurangkan keradangan, meningkatkan sistem imun, dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Teknologi dan formula unik produk ini memastikan penyerapan maksimum, dengan kemasukan postbiotik dan Asid Laurik, komponen yang biasanya hanya terdapat dalam susu ibu. Pendekatan komprehensif ini bertujuan untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan secara holistik.

Produk ini juga mendapat perakuan dari pakar pembedahan plastik No 3 di dunia yang berasal dari China, Dr. Liang-gang Yu yang kini berkhidmat di hospital Shanghai Tiantanpuha, beliau menggunakan teknologi robot Ai bagi membedah rahang muka.
“Selepas melakukan pembedahan di kawasan rahang muka, saya menyediakan Therapy Oil untuk disapu secara luaran, manakala Multiplus pula diberikan kepada pesakit bagi mengurangkan retensi cecair.
“Jika Minyak Terapi tidak digunakan, pemulihan biasanya mengambil masa lebih kurang 2 minggu, tetapi saya perhatikan pesakit mula menunjukkan kesan positif dalam masa 7 hari sahaja,” jelasnya.
LC International Group Sdn. Bhd bakal memasarkan kedua-dua produk ini di platfom dalam talian menerusi aplikasi LifeChanger yang akan dilancarkan sebelum 10 Ogos 2024. Orang ramai boleh mengakses aplikasi ini untuk mendapatkan tawaran harga serta pakej yang berpatutan.
Sebagai pelan pengembangan perniagaan, LC International Group Sdn. Bhd merancang untuk meluaskan jangkauan pasarannya ke Indonesia, Thailand dan negara lain, menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas.