Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

0

Universal Music Malaysia dengan bangganya mengumumkan pameran khas yang menampilkan empat ikon muzik Malaysia yang paling berpengaruh dan ikonik di Hall of Fame Malaysia, yang terletak di dalam Pavilion Malaysia sempena Ekspo 2025 Osaka, Japan. Pameran ini memberi penghormatan kepada legasi luar biasa dan perjalanan berterusan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Tan Sri P. Ramlee, Ernie Zakri, serta kumpulan pop wanita terkenal, DOLLA dari bulan empat hingga ke bulan sepuluh tahun ini.

Hall of Fame Malaysia merupakan tarikan budaya utama pavilion ini, meraikan kecemerlangan negara melalui penceritaan dan pengalaman audiovisual. Setiap artis yang dipilih mewakili era yang berbeza dalam evolusi muzik Malaysia — daripada zaman kegemilangan Tan Sri P. Ramlee sehinggalah kepada pengaruh global masa kini oleh DOLLA — memaparkan bagaimana muzik Malaysia telah merentas sempadan dan memberi inspirasi kepada pelbagai generasi.

Pengunjung ke Hall ini akan dapat menyaksikan:

  • Tan Sri P. Ramlee, legenda ikonik perfileman dan muzik Melayu.

  • Sorotan perjalanan luar biasa kerjaya Dato’ Sri Siti Nurhaliza, suara kesayangan rakyat Malaysia.

  • Fokus kepada kebangkitan Ernie Zakri sebagai vokalis unggul dan peneraju dalam muzik pop Melayu moden.

  • Penghargaan terhadap pengaruh berani DOLLA sebagai kumpulan wanita generasi baharu yang mengangkat muzik pop Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Ini bukan sekadar penghormatan – ia adalah satu pernyataan tentang jiwa kreatif Malaysia. Ekspo 2025 Osaka dijangka menarik jutaan pengunjung dari seluruh dunia, menjadikan Hall of Fame Malaysia sebagai pengalaman yang wajib dikunjungi bagi mereka yang ingin memahami kedalaman dan kepelbagaian seni Malaysia.

Tabby, salah seorang anggota DOLLA menyatakan, “2025 merupakan tahun yang sangat mengujakan bagi kami. Kami telah meneroka genre dan bunyi baharu, dan secara jujurnya, ia tentang pertumbuhan diri. Kami sentiasa berkembang, dan arah muzik baharu ini adalah cerminan keberanian kami untuk menjadi lebih tulen dalam karya seni kami. Peminat boleh menjangkakan muzik yang masih kedengaran seperti DOLLA, tetapi dengan lebih keberanian, kematangan dan keikhlasan. Sejak kemunculan kami pada 2019, kami telah berkembang begitu banyak, bukan sahaja sebagai penghibur, tetapi sebagai ‘sisters’. Kami telah belajar untuk saling mempercayai, dan tenaga itu dapat dirasai dalam setiap apa yang kami lakukan. Kami juga menerima begitu banyak sokongan daripada para peminat, terutamanya iDOLLAs, yang terus memberikan kami semangat dengan kasih sayang mereka.

Dilantik ke dalam Hall of Fame Malaysia di Osaka adalah satu penghormatan yang amat besar buat kami, dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MITI kerana bukan sahaja mengiktiraf kami di tanah air, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Kami berbangga mewakili Malaysia dan berharap lebih banyak pencapaian menanti kami pada masa akan datang.”

Sebagai penutup, Ernie Zakri turut meluahkan rasa syukur dan berkata, “Saya sangat berbesar hati dan bersyukur pada masa yang sama kerana perjalanan kerjaya saya sepanjang beberapa tahun ini telah diiktiraf dan dihargai oleh semua, terutamanya para pendengar di Malaysia. Disebabkan kejayaan ini, nama saya kini telah ditempatkan di Hall of Fame Osaka. Sudah tentu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga Universal Music Malaysia dan juga para peminat yang tidak pernah berhenti menyokong serta sentiasa menantikan apa sahaja projek baharu daripada saya. Saya gembira dan bersyukur pada masa yang sama.”

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM442,182.70
Ethereum (ETH) RM11,112.62
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,797.69
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM10.76
BUSD (BUSD) RM4.24
Cardano (ADA) RM3.39
Solana (SOL) RM749.18
Dogecoin (DOGE) RM0.984699
Polkadot (DOT) RM21.05
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM11,111.88
Shiba Inu (SHIB) RM0.000066
Dai (DAI) RM4.32
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM104.22