Waspada akaun palsu Agong di platform X

0

Tangkap layar akaun palsu di platform X yang dikongsi Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
PETALING JAYA: Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Dalam satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar beberapa tangkap layar turut disertakan memaparkan akaun palsu itu di platform X bersama dengan hantaran-hantaran yang dibuat.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh scammer untuk tujuan penipuan di Facebook serta platform media sosial lain,” menurut hantaran itu.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor juga memberi amaran bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terlibat.
Sebelum ini, dilaporkan terdapat akaun palsu menggunakan identiti Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di platform Instagram.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,067.41
Ethereum (ETH) RM7,900.08
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,587.34
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM9.55
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM3.01
Solana (SOL) RM638.73
Dogecoin (DOGE) RM0.773095
Polkadot (DOT) RM17.97
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM7,888.54
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.32
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM90.54