Yaba, dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM12 juta dirampas, bongkar makmal di Muar

0

Senjata api turut dirampas dalam serbuan di beberapa negeri. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis merampas 110.73 kilogram dadah pelbagai jenis, dianggarkan bernilai RM12.40 juta, selepas menyerbu 9 tempat secara berasingan di beberapa negeri.

Dalam operasi bermula 9 Mei hingga semalam, 18 individu termasuk dalang dan 5 sekeluarga ditahan kerana dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah.

Semua yang ditahan dalam serbuan di Selangor, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, dan Johor itu daripada pelbagai bangsa termasuk warga Thailand, dan berusia antara 21 tahun hingga 67 tahun.

“Dalam serbuan itu juga, kami berjaya membongkar kewujudan makmal memproses dadah di Muar,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Ramli Din pada sidang media hari ini.

“Jumlah keseluruhan dadah membabitkan 40.45 kg serbuk dadah jenis ekstasi, 34.23 kg pil yaba (312,098 biji), 24.6 kg serbuk dadah disyaki ephedrin, 10.7 kg pil ekstasi (27,455 biji) dan 740.7 gram syabu.”

Polis turut merampas sepucuk pistol dan kelopak mengandungi 9 peluru.

“Kami menyita 6 kenderaan, beberapa barang kemas, barang memproses dadah serta wang tunai dianggarkan berjumlah RM458,335 dalam serbuan berkenaan,” katanya.

Ramli berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak beberapa bulan lalu dengan membekalkan pelbagai jenis dadah untuk pasaran tempatan dan eksport ke negara jiran.

Saringan air kencing mendapati 10 daripada 18 suspek positif dadah jenis methaphetamin.

Lima daripada semua suspek terbabit memiliki rekod jenayah lampau dan dadah.

“Semua suspek direman selama 7 hari sehingga 17 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat),” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM448,903.07
Ethereum (ETH) RM10,804.09
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,833.12
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.23
BUSD (BUSD) RM4.27
Cardano (ADA) RM3.44
Solana (SOL) RM749.45
Dogecoin (DOGE) RM1.00
Polkadot (DOT) RM21.87
Polygon (MATIC) RM1.12
Lido Staked Ether (STETH) RM10,793.95
Shiba Inu (SHIB) RM0.000069
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.13
Avalanche (AVAX) RM106.65