YUKA KHARISMA CIPTA LAGU RASMI BERSAMAMU RAFAH

0

YUKA KHARISMA CIPTA LAGU RASMI BERSAMAMU RAFAH | Assalammualaikum semua! Ruby masih lagi dalam perasaan bangga dengan Dato’ Seri Alha Alfa selaku Penaung PEKAA dan Datin Seri Paduka Umie Aida selaku Penaung Musolla Aisya. Insan yang menggunakan platform dunia hiburan dengan sebaik mungkin dengan merapatkan ukhwah masyarakat Malaysia dalam menggumpul dana untuk Tabung Bersamamu Rafah. 

Pasti ramai mengenali Yuka Kharisma melalui lagu terbaru beliau Cinta Indah Buat Kanda yang merupakan OST Filem The Experts yang telah ditayangkan pada 23 Mei 2024. Namun, Ruby mengenali penyanyi Yuka Kharisma melalu lagu jingle untuk produk kecantikan, konsert Live In Concert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain & Yuka Kharisma 2018 dan syarikat Kharisma Music iaitu sebagai penganjur konsert yang membawa penyanyi kesayangan ramai tampil membuat konsert di pentas berprestij Kuala Lumpur!

Pada 25 Mei 2024, lagu rasmi Bersamamu Rafah telah dilancarkan dan persembahan bertenaga dari Yuka Kharisma, Idayu, Dato’ Seri Alha Alfa dan Datin Seri Paduka Umie Aida. Lirik yang sangat mendalam dan puitis. Malas vokal padu dari Yuka Kharisma dan Idayu sangat memainkan peranan. Menusuk jiwa! Suara Yuka Kharisma ni tebal dan gemersik. 

Menurut Yuka Kharisma, tempoh mencipta lirik dan melodi Bersamamu Rafah mengambil masa hanya 1 hari sahaja. Hari seterusnya terus masuk studio dan nyanyi! Sebagai penerbit muzik, disiplin dalam kerja amat penting. Maka terlahirlah lagu Bersamamu Rafah. 

Tajuk: Bersamamu Rafah
Penyanyi: Yuka Kharisma, Dato’ Seri Alha Alfa, Datin Seri Paduka Umie Aida, Idayu dan Zizi Kirana
Penulis Lirik & Komposer: Yuka Kharisma

Tiada lagi tempat berteduh

Musnah sudah semua hancur luluh berderai

Lapar dahaga penuh derita

Dunia dengarlah tangis mereka

Dengarkanlah

Jika kita adalah mereka

Kehilangan semua yang dicinta

Mampukah kita?

Kami bersamamu melangkah denganmu

Dalam doa melintasi gurun dan lautan biru

Hingga tiada lagi yang membelenggu

Sampai ke tujuan

Kami bersamamu Rafah

Jika kita adalah mereka

Kehilangan negara tercinta

Mampukah kita?

Kami bersamamu melangkah denganmu

Dalam doa melintasi gurun dan lautan biru

Hingga tiada lagi yang membelenggu

Sampai ke tujuan

Kami bersamamu Rafah

Semoga dengan ada lagu rasmi Bersamamu Rafah, buat kita semua bersatu hati dan terus mendoakan untuk Palestine. Semoga rakyat Palestine mendapat keadilannya! Allahu Akbar! 

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM409,027.68
Ethereum (ETH) RM7,836.56
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,557.24
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.33
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM2.99
Solana (SOL) RM626.31
Dogecoin (DOGE) RM0.750498
Polkadot (DOT) RM17.17
Polygon (MATIC) RM0.977777
Lido Staked Ether (STETH) RM7,828.21
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.05
Avalanche (AVAX) RM87.74