Zahid ucap tahniah pesilat Thamaraj cipta sejarah dinobat juara dunia

0

Skuad silat negara menerusi pesilat senior membawa pulang enam emas, sembilan perak dan empat gangsa, manakala pesilat remaja meraih lima emas, empat perak serta empat gangsa di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pesilat negara, V Thamaraj yang menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 kategori bebas putera di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Beliau berkata, Thamaraj mencipta sejarah tersendiri dengan menewaskan pesilat Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyobek untuk membawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
Pada masa sama, Zahid berbangga dengan pencapaian skuad silat negara di kejohanan dunia itu apabila pesilat senior membawa pulang enam emas, sembilan perak dan empat gangsa, manakala pesilat remaja meraih lima emas dan masing-masing empat perak serta gangsa.
“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh pasukan silat negara atas dedikasi dan pencapaian hebat ini. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kemenangan yang mengharumkan nama Malaysia di masa akan datang. Insya Allah,” katanya dalam hantaran Facebook.
Dalam hantaran sama, Zahid merakamkan penghargaan kepada Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan, Megat Zulkarnain Omardin yang turut bersama pesilat negara memberi sokongan moral dan semangat kepada wakil negara.
Megat Zulkarnain menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Thamaraj mencipta sejarah sebagai pesilat pertama negara berbangsa India yang muncul juara dunia di kejohanan itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM420,711.26
Ethereum (ETH) RM7,995.76
Tether (USDT) RM4.32
BNB (BNB) RM2,593.86
USDC (USDC) RM4.32
XRP (XRP) RM9.59
BUSD (BUSD) RM4.30
Cardano (ADA) RM3.04
Solana (SOL) RM648.11
Dogecoin (DOGE) RM0.787035
Polkadot (DOT) RM18.14
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM7,992.82
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.32
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM92.57