Zawawi disiasat komen Injil, siasatan Khairuddin selesai, kata Hamid

0

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pihaknya membuka kertas siasatan terhadap ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat mengenai kitab Injil

PETALING JAYA: Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat mengenai kitab Injil, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan selepas beberapa laporan polis dibuat terhadap ahli Parlimen PAS itu.

“Buat masa ini kita tunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan media yang digunakan untuk menularkan isu itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara apabila siasatan selesai dijalankan.

Zawawi mendakwa perintah dalam kitab Injil mengenai arak sudah “dipesongkan atau diubah” dan kitab itu sebelumnya melarang penganutnya meminum arak.

Kenyataannya di Dewan Rakyat itu menimbulkan bantahan ahli politik dari Sabah dan Sarawak. Laporan berhubung hasutan juga dibuat terhadap Zawawi di Kuching.

Siasatan terhadap Khairuddin selesai

Sementara itu, Hamid turut memaklumkan siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar perintah kuarantin wajib selesai.

Beliau berkata, saksi terakhir memberikan keterangan kepada polis semalam dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara esok.

“Mereka akan meneliti bukti dan kenyataan dalam fail siasatan,” katanya.

Khairuddin dikritik hebat malah ada yang menggesanya meletakkan jawatan apabila gagal mematuhi kuarantin wajib sekembali dari Turki pada Julai lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) kemudian mengenakan kompaun RM1,000 terhadap kesalahan itu dan Khairuddin membayarnya.

Beliau kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyumbang 4 bulan gajinya kepada Tabung Covid-19.

Bukit Aman membuka kertas siasatan terhadap menteri berkenaan selepas menerima 27 laporan dari seluruh negara berhubung perkara itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM442,154.15
Ethereum (ETH) RM10,788.64
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,871.14
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.96
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM3.53
Solana (SOL) RM757.69
Dogecoin (DOGE) RM1.01
Polkadot (DOT) RM22.09
Polygon (MATIC) RM1.12
Lido Staked Ether (STETH) RM10,768.45
Shiba Inu (SHIB) RM0.00007
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.18
Avalanche (AVAX) RM107.51