2 maut lori bertembung treler

0

Keadaan treler dan lori yang terbabas ke gaung di jalan utama Bukit Damar dekat Lanchang semalam. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA: Dua warga asing maut selepas lori mereka terbabas dan bertembung treler yang kemudian terjatuh ke gaung di jalan utama Bukit Damar, Lanchang di Temerloh semalam.
Ketua Polis Temerloh, Mazlan Hassan, berkata dalam kejadian 9.26 malam itu, seorang warga Bangladesh 37 tahun dan warga Pakistan 35 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, pemandu lori 28 tahun dan penumpang lori yang juga warga Bangladesh berusia 30 tahun serta pemandu treler 38 tahun dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Beliau berkata, nahas berlaku apabila lori dari Raub ke Kuantan itu terbabas ke kiri jalan dan memasuki laluan utama sebelum ke laluan bertentangan.
“Tiba-tiba datang treler dari arah depan tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian depan lori itu dan kedua-dua kenderaan terbabas ke gaung di kanan jalan sejauh 20m,” katanya menurut Sinar Harian sambil menambah kedua-dua kenderaan tidak membawa muatan.
Menurutnya, dua penumpang lori yang cedera di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Lanchang.
Mazlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,185.20
Ethereum (ETH) RM7,977.98
Tether (USDT) RM4.31
BNB (BNB) RM2,605.44
USDC (USDC) RM4.31
XRP (XRP) RM9.66
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.04
Solana (SOL) RM656.88
Dogecoin (DOGE) RM0.772494
Polkadot (DOT) RM18.03
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,971.17
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.31
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM92.46