Akim & The Majistret Rampas Kuala Lumpur!

0

Kuala Lumpur bakal DIRAMPAS! Sudah tiba masanya satu nama besar dalam dunia muzik tanah air, Akim & The Majistret untuk mengambil alih pentas utama dengan konsert solo pertama sepanjang karier mereka, Akim & The Majistret Rampas Kuala Lumpur, pada 28 Jun 2025, jam 8.30 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Nama “Rampas Kuala Lumpur” dipilih bukanlah sekadar gimik, namun ia diambil terus daripada lagu hit “Rampas”, sebuah karya yang mencerminkan kekuatan sebenar Akim & The Majistret sebagai kumpulan rock yang agresif dan berkarisma. Melodi lagu ini bakal menjadi lambang semangat perjuangan mereka dalam misi merampas Kuala Lumpur,

Dengan lebih 20 buah lagu bakal dibawakan secara langsung, ini bukanlah sekadar konsert. Sebaliknya, ini adalah manifesto muzik rock Malaysia. Inilah pengisytiharan dari Akim & The Majistret bahawa mereka sudah bersedia sepenuhnya untuk mengambil tempat sebenar mereka di dalam industri muzik tanah air.

Sesi Sidang Media Akim & The Majistret Rampas Kuala Lumpur Di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur

‘..kami mungkin bawa lebih 25 lagu sepanjang konsert nanti..’ Ujar Akim.

Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, ia adalah misi rampasan kuasa artistik yang belum pernah disaksikan di pentas muzik tanah air.

Bagi mempromosikan penjualan tiket konsert dengan cara lain daripada yang lain, Akim & The Majistret tampil membawa watak sebagai Komander Akim, bersama barisan ahli

kumpulan lain sebagai Tentera Majistret. Mereka merupakan gabungan pemuzik elit yang bersatu di bawah satu misi utama: untuk merampas Kuala Lumpur.

Namun, rampasan ini bukan dilakukan secara bersendirian. Untuk menjayakannya, Komander dan Tentera Majistret memerlukan penglibatan langsung daripada orang awam. Maka, satu peranan penting diwujudkan, iaitu Perisik Majistret (pemegang tiket).

Setiap pemegang tiket konsert secara automatik dilantik sebagai Perisik Majistret, yang bertindak sebagai barisan tulang belakang utama yang bakal membantu menjayakan misi ini dari dalam.

Setiap jeritan, nyanyian dan sorakan daripada Perisik Majistret ketika hari rampasan amatlah diperlukan oleh Komander dan Tentera Majistret supaya rampasan ini menjadi realiti, bukan lagi mimpi. Selain hadir di hari konsert, Perisik turut akan terlibat dengan beberapa misi yang bakal diumumkan oleh Komander dan Tentera Majistret sebelum hari konsert.

Permohonan untuk menjadi Perisik Majistret kini dibuka. Caranya mudah, hanya perlu mendapatkan mana-mana tiket konsert Akim & The Majistret Rampas Kuala Lumpur di www.ticket2u.com.my/rampas. Semakin ramai Perisik Majistret direkrut, semakin besar potensi kejayaan operasi ini.

Sebagai rakan kreatif rasmi konsert, Racus Studio memilih konsep ini bukan semata-mata sebagai strategi pemasaran untuk merancakkan penjualan tiket, tetapi juga bagi memastikan penonton merasai pengalaman yang luar biasa – pengalaman di mana mereka sendiri terlibat secara langsung dalam dunia konsert ini.

Dengan pendekatan ini, pemegang tiket bukan lagi sekadar penonton. Sebaliknya, mereka memainkan peranan penting sebagai sebahagian daripada pasukan yang menjayakan misi rampasan kuasa ini.

Namun begitu, konsep persembahan bagi konsert Akim & The Majistret Rampas Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 28 Jun 2025 masih dirahsiakan. Hanya mereka yang bergelar Perisik Majistret (pemegang tiket sah) yang akan mengetahuinya apabila tiba hari rampasan nanti.

Akim & The Majistret dianggotai oleh Akim Ahmad (Vokalis), Wan 6ixth Sense (Drum), Freddy Hyper Act (Gitar), Fairuz Sofazr (Bass), Afiez Azam New Boyz (Keyboard) dan Gjie 6ixthsense & Zimi Sofazr (Gitar).

●        CAT1 – SAKSAMA (ROCKZONE): RM189.00

●        CAT2 – POTRET (VIP SEATING): RM249.00 (SOLD OUT)

●        CAT3 – MEWANGI (NORMAL SEATING): RM159.00

Tiket boleh didapati secara online di: www.ticket2u.com.my/rampas Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad Debit/Kredit, FPX (Online Banking), atau menerusi khidmat BNPL seperti Atome dan SPayLater.

Tiket percuma juga disediakan bagi mereka yang berjaya merampasnya! Caranya?

Follow @showtagasia di Instagram & TikTok untuk peluang mendapatkan tiket percuma, merchandise eksklusif, dan kejutan-kejutan lain yang menanti anda!

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM444,370.04
Ethereum (ETH) RM10,941.59
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,800.52
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.30
BUSD (BUSD) RM4.27
Cardano (ADA) RM3.28
Solana (SOL) RM725.40
Dogecoin (DOGE) RM0.945458
Polkadot (DOT) RM20.51
Polygon (MATIC) RM1.01
Lido Staked Ether (STETH) RM10,924.55
Shiba Inu (SHIB) RM0.000064
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.18
Avalanche (AVAX) RM100.65