Amrin terajui LTAT | Harian Metro

0

Kuala Lumpur: Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berkuatkuasa 4 Januari 2021.

Beliau menggantikan Nik Amlizan Mohamed yang kini adalah CEO Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP, dana persaraan kedua terbesar di negara.

Dalam satu hantaran di Instagram, dana persaraan tentera itu mengucapkan tahniah atas pelantikan Amrin.

Amrin memiliki pengalaman luas selama 30 tahun dalam arena korporat, dengan memulakan kerjayanya dalam industri perkhidmatan kewangan dan memegang beberapa pelantikan penting.

Beliau sebelum ini adalah Pengarah Urusan Boustead Holdings Bhd (Boustead), anak syarikat LTAT dengan 59 peratus kepentingan dari 6 Mei 2019 hingga 15 November 2020.

Amrin turut memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan syarikat-syarikat terkemuka Malaysia termasuk Renong Bhd, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), Sistem Televisyen Malaysia Bhd, Media Prima Bhd, Sime Darby Property Bhd, Taliworks Corporation Bhd dan CIMB Bank Bhd.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Acadia University, Kanada dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari University of Hull, United Kingdom (UK).

Selain itu, Amrin adalah ahli Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA), UK dan Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Antara tugas segera Amrin di LTAT adalah menentukan sama ada ia akan meneruskan cadangan menjadikan Boustead syarikat persendirian.

Mei lalu, LTAT mengumumkan hasrat untuk menjadikan Boustead syarikat persendirian sebagai sebahagian langkah penyeimbangan portfolio.

Ia mempunyai masa sehingga 2 Februari depan untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

Setakat 31 Disember 2019, aset di bawah pengurusan LTAT berjumlah RM9.48 bilion.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM312,131.52
Ethereum (ETH) RM14,463.81
Tether (USDT) RM4.69
BNB (BNB) RM2,694.94
USDC (USDC) RM4.69
XRP (XRP) RM2.40
BUSD (BUSD) RM4.69
Cardano (ADA) RM2.17
Solana (SOL) RM828.99
Dogecoin (DOGE) RM0.702343
Polkadot (DOT) RM32.53
Polygon (MATIC) RM3.21
Lido Staked Ether (STETH) RM14,443.84
Shiba Inu (SHIB) RM0.000112
Dai (DAI) RM4.69
TRON (TRX) RM0.56979
Avalanche (AVAX) RM167.72