Banteras militan, kukuh ekonomi | Harian Metro

0

LUMPUHNYA ekonomi dan perdagangan perkara yang paling digeruni kebanyakan
negara ketika pandemik
Covid-19 melonjak ke tahap membimbangkan.

Bagaimanapun, pandemik ini memberi perspektif baharu kepada ekonomi membabitkan proses pendigitalan.

Dengan pembabitan teknologi digital, beberapa prosedur yang membebankan dapat dipermudahkan.

Begitupun di dalam keghairahan perdagangan digital yang kini giat aktif, keselamatan pintu keluar dan masuk serta barangan dagangan juga perlu diperketatkan bagi mengukuhkan ekonomi yang semakin merudum sejak pandemik bermula awal tahun ini.

Di Malaysia, kejayaan pasukan keselamatan membanteras kegiatan militan sejak dahulu lagi melegakan kebimbangan dalam kalangan ahli perniagaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar diberi kepujian kerana berupaya mengelak masalah dengan penangkapan beberapa militan baik dari luar negara ataupun tempatan.

Sejak dari 2013, PDRM sudah menahan 533 militan, di mana 343 daripada mereka berkait dengan kumpulan Daish.

Pelbagai akta digunakan terhadap pesalah termasuklah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma); Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota).

Bagaimanapun, menurut Asisten Komisioner Polis (ACP) Azman Omar dari Bahagian Risikan/Operasi, Unit Anti Keganasan, Bukit Aman, mereka yang ditahan dimasukkan di dalam proses rehabilitasi dan dipantau apabila keluar dari tahanan.

Pihak berkuasa juga turut membantu mereka bergaul dengan orang ramai selepas dibebaskan. Pendek kata, kebajikan mereka tidak terabai dan sentiasa diberi perhatian.

Seperti kata Azman, mereka dijaga sehingga akhir hayat.

Ada antara mereka menjadi usahawan berjaya dan paling penting mereka sudah melupakan kegiatan haram dilakukan sebelum ini.

Mereka yang terperangkap di dalam peperangan Syria juga pernah menyatakan hasrat untuk pulang dan usaha dijalankan oleh kerajaan untuk tujuan itu.

Sebagai ahli di dalam Pasukan Petugas Membanteras Keganasan Apec (CTTF), Malaysia turut berperanan di dalam mengawal kepentingannya dan kepentingan rantau ini.

CTTF ditubuhkan pada 2003 sebagai tindak balas kepada peningkatan kes pengganas di rantau Asia Pasifik yang menggugat kesejahteraan rakyat, ekonomi, perdagangan, pelaburan dan sistem kewangan.

Ia kemudian ditukar kepada Kumpulan Kerja Membanteras Keganasan (CTWG) 10 tahun kemudian dan terus membantu ekonomi Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) untuk membina kapasiti mengawal sistem pengangkutan dan kewangan serta infrastruktur dari serangan pengganas.

Baru-baru ini, pegawai kanan perdagangan dan keselamatan dari ekonomi Apec bertemu secara maya di dalam persidangan dua hari (20 dan 21 Oktober) untuk membincangkan keselamatan di dalam perdagangan.

Turut memberi pandangan pada persidangan itu ialah wakil Bank Dunia, Ankur Huria yang menggariskan impak Covid-19 kepada perdagangan antarabangsa termasuk maritim, udara dan rantaian bekalan.

Menurutnya, semua sektor ini mengalami kejatuhan yang teruk dan akhirnya memberi impak besar kepada tenaga kerja.

Tindakan ekonomi yang melarang perjalanan keluar masuk negara juga memberi kesan negatif kepada sektor pengangkutan.

Bagaimanapun, di sebalik kerugian dialami sektor di atas, kemelut ini membawa berita baik kepada sektor IT.

Budaya bekerja dari rumah banyak bergantung kepada sektor ini dan ia meningkatkan aktiviti perdagangan dalam talian.

Tahun ini, Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah Apec dan kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah ialah pada 1998.

Akibat kemelut pandemik Covid-19, semua mesyuarat buat pertama kali di dalam sejarah Apec dibuat secara maya.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah Sekretariat Kebangsaan Apec dan disokong kementerian, agensi kerajaan dan pihak swasta dalam menjayakan Apec 2020.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM460,654.37
Ethereum (ETH) RM10,803.32
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,850.37
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.94
BUSD (BUSD) RM4.19
Cardano (ADA) RM3.21
Solana (SOL) RM746.19
Dogecoin (DOGE) RM0.963839
Polkadot (DOT) RM19.38
Polygon (MATIC) RM1.00
Lido Staked Ether (STETH) RM10,799.77
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM97.65