Bas rempuh 11 kenderaan, dipercayai alami kegagalan brek

0

Keadaan sebahagian kereta yang terbabit dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Batu Pahat, Johor. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Sebuah bas dipercayai hilang kawalan akibat kegagalan brek sebelum merempuh 11 kenderaan dalam kejadian di Batu Pahat, Johor pagi tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang itu, pada 10.40 pagi tadi.

Bas berkenaan dari arah bandar Baru Pahat menghala ke Jalan Kluang, melanggar dua buah lori dan sembilan kereta yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat, menurut Ketua Polis Batu Pahat, Ismail Dollah.

“Kemalangan hanya melibatkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Siasatan lanjut
masih dijalankan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.

Sebelum itu, tular video kamera papan pemuka memaparkan sebuah bas merempuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Batu Pahat.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM314,522.14
Ethereum (ETH) RM14,651.92
Tether (USDT) RM4.69
BNB (BNB) RM2,719.22
USDC (USDC) RM4.69
XRP (XRP) RM2.44
BUSD (BUSD) RM4.69
Cardano (ADA) RM2.26
Solana (SOL) RM809.95
Dogecoin (DOGE) RM0.718505
Polkadot (DOT) RM33.56
Polygon (MATIC) RM3.33
Lido Staked Ether (STETH) RM14,632.98
Shiba Inu (SHIB) RM0.000117
Dai (DAI) RM4.69
TRON (TRX) RM0.577186
Avalanche (AVAX) RM174.47