PETALING JAYA: Seorang bayi berusia 12 hari dijangkiti Covid-19 dalam gelombang ke-2 wabak itu, mangsa termuda selepas seorang kanak-kanak 2 tahun di Kelantan dalam gelombang pertama.
Bayi itu, yang dilahirkan sebelum perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa 18 Mac, antara 2,032 kes positif Covid-19 yang dilaporkan hari ini.
“Butirannya kita akan maklumkan kemudian,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini.
Kanak-kanak berusia 2 tahun itu sepatutnya menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia, namun rawatan itu ditangguhkan selepas ujian darah mendapati dia positif Covid-19.
Perkara itu didedahkan Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (Pesona) di Facebook semalam.