Bekas ketua menteri Melaka selesai kes libel babit Ahli Parlimen, DAP

0

Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dan DAP akan membayar RM180,000 sebagai kos kepada Abdul Rahim Thamby Chik secara bersama atau berasingan.
KUALA LUMPUR: Saman fitnah bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik terhadap Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong dan DAP berhubung beberapa artikel yang mengaitkan beliau dalam pelbagai skandal telah selesai.
Kes itu, yang difailkan dua tahun lepas, diselesaikan melalui penghakiman persetujuan yang direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman John Lee @ Johan Lee.
Khoo membacakan permohonan maaf kepada Abdul Rahim, yang hadir di mahkamah, dan turut menyatakan kekesalan bagi pihak partinya atas artikel itu.
Beliau menaikkan artikel bertajuk “Rahim Thamby Chik is not Bapa Pembangunan Melaka but is father of all scandals and Bersatu should not accept him, says DAP MP” di halaman Facebook miliknya.

Artikel itu turut disiarkan di The Star Online dan laman web DAP.
Khoo, yang dilantik semula menjadi Ahli Parlimen Kota Melaka pada PRU 19 Nov, berkata beliau menerima bahawa dakwaan dalam artikel mengenai Abdul Rahim itu tidak berasas dan tidak benar.
“Saya sangat menyesal menerbitkan artikel-artikel tersebut. Saya turut menyesal (kandungan) artikel itu memfitnah Rahim dan menyebabkan beliau dan keluarganya mengalami tekanan,” katanya.
Khoo berkata, beliau telah menurunkan artikel itu dan membuat aku janji untuk tidak menerbitkan artikel lain yang mengandungi dakwaan serupa terhadap Abdul Rahim.

Beliau mengulangi permohonan maaf serupa bagi pihak DAP di mahkamah.
Menurut penghakiman persetujuan itu, Khoo juga beraku janji untuk menerbitkan permohonan maaf bertulis di akhbar utama dan di halaman Facebook dalam tempoh 14 hari.
Khoo dan DAP akan membayar RM180,000 sebagai kos kepada Abdul Rahim secara bersama atau berasingan.
BERITA LANJUT MENYUSUL

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM465,454.79
Ethereum (ETH) RM10,955.17
Tether (USDT) RM4.27
BNB (BNB) RM2,851.79
USDC (USDC) RM4.27
XRP (XRP) RM10.09
BUSD (BUSD) RM4.25
Cardano (ADA) RM3.32
Solana (SOL) RM767.49
Dogecoin (DOGE) RM1.00
Polkadot (DOT) RM20.14
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM10,951.24
Shiba Inu (SHIB) RM0.000063
Dai (DAI) RM4.27
TRON (TRX) RM1.15
Avalanche (AVAX) RM103.37