Bursa saham bukan pengukur ekonomi

0

KEADAAN ekonomi semasa sepatutnya tidak hanya diukur melalui prestasi bursa saham kerana ia bukanlah kayu ukur yang tepat.

Pakar Ekonomi yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, ramai dalam kalangan penganalisis ekonomi menggunakan indeks prestasi bursa saham sebagai petunjuk keadaan ekonomi semasa.

“Ini tidak tepat kerana indeks prestasi bursa saham bukanlah petunjuk ekonomi yang baik untuk mengukur ‘kesihatan’ ekonomi.

“Indeks prestasi bursa saham boleh turun dan naik di dalam tempoh yang sangat singkat kerana ia bersandarkan semata-mata kepada sentimen pelabur ke atas saham.

“Indeks prestasi bursa saham juga boleh meningkat di kala ekonomi merudum dan juga boleh menurun di kala ekonomi meningkat.

“Keadaan ekonomi diukur dengan menggunakan petunjuk utama seperti pergerakan keluaran dalam negeri kasar (KDNK), dagangan eksport dan import, pendapatan, kuasa beli, tingkat harga dan kadar pengangguran,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kelembapan ekonomi yang dirasai oleh negara pada ketika ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh persekitaran ekonomi global, Covid-19 dan pengurangan perbelanjaan kerajaan ke dalam ekonomi domestik.

Katanya, negara juga memerlukan pasukan pemerintah yang boleh mengurus dan melaksanakan pakej rangsangan berkenaan secara efisyen.

“Barisan kerajaan baharu negara dijangka akan mendapat pasukan kerajaan baharu. Adakah perubahan pemerintahan ini mampu menjadi ‘baja’ untuk meningkatkan semula ekonomi negara yang kian suram?

“Bagi saya, perubahan pemerintahan negara dalam masa yang agak singkat boleh menjadi baik kepada ekonomi atau sebaliknya, bergantung kepada kehebatan pemain yang dipilih menganggotai pasukan baharu itu, kestabilan pasukan mereka dan arah yang jelas kepada pemulihan ekonomi.

“Jika pasukan baharu meneruskan dan memperbaiki dasar yang betul dan baik kepada ekonomi, ini adalah sesuatu yang progresif,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM447,438.22
Ethereum (ETH) RM11,515.62
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,855.14
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM11.09
BUSD (BUSD) RM4.29
Cardano (ADA) RM3.57
Solana (SOL) RM788.93
Dogecoin (DOGE) RM1.03
Polkadot (DOT) RM22.30
Polygon (MATIC) RM1.11
Lido Staked Ether (STETH) RM11,503.16
Shiba Inu (SHIB) RM0.00007
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM110.95