Cerun lokasi tanah runtuh tiada dalam senarai ‘kritikal’, kata pegawai JMG

0

Kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm di Batang Kali meragut 31 nyawa dengan 61 orang berjaya diselamatkan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menafikan dakwaan media bahawa cerun di lokasi tragedi runtuhan tanah di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di Batang Kali, Hulu Selangor termasuk dalam senarai cerun kritikal pihaknya.
Ketua Pengarah JMG Hisamuddin Termidi menegaskan cerun lokasi di mana tragedi pada 16 Dis itu berlaku tidak berada dalam senarai pemantauan jabatan itu.
“Cerun di mana lokasi tanah runtuh itu berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm tidak tersenarai sebagai cerun ‘kritikal’ yang memerlukan pemantauan oleh JMG,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, skop pemantauan cerun kritikal JMG tertumpu di kawasan penempatan dan cerun-cerun semulajadi, yang tidak bertindih fungsi dengan pihak autoriti lain.

“Bagi penempatan ataupun sebarang cadangan pembangunan baru di lereng bukit atau berkedudukan berhampiran cerun merupakan sebahagian komponen dalam kebenaran merancang yang memerlukan penilaian risiko dibuat.
“Bagi risiko yang melibatkan bencana geologi tanah runtuh, pihak pemaju perlu melantik ahli geologi profesional yang berdaftar di bawah Lembaga Ahli Geologi Malaysia membuat penilaian,” tambahnya.
Tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi, 16 Dis lalu itu meragut 31 nyawa dengan 61 orang berjaya diselamatkan.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan kerjasama 250 anggota terdiri daripada lima agensi iaitu polis, tentera, bomba, Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Mayat mangsa terakhir iaitu seorang budak lelaki berusia 11 tahun ditemui pada 24 Dis lalu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM452,835.41
Ethereum (ETH) RM10,609.54
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,805.77
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM9.69
BUSD (BUSD) RM4.11
Cardano (ADA) RM3.13
Solana (SOL) RM720.42
Dogecoin (DOGE) RM0.923869
Polkadot (DOT) RM18.62
Polygon (MATIC) RM0.969936
Lido Staked Ether (STETH) RM10,596.89
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM1.14
Avalanche (AVAX) RM94.10