EKSPORT Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan untuk tiga bulan berturut-turut pada November 2020 dengan meningkat 4.3 peratus kepada RM84.43 bilion.
Ā Ā Lebihan dagangan Malaysia melonjak 151.6 peratus tahun ke tahun kepada RM16.82 bilion bulan lalu, Ā lebihan dagangan tertinggi bagi November yang direkodkan setakat ini.
Ā Ā Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dalam kenyataan berkata, import susut sembilan peratus kepada RM67.61 bilion, manakala jumlah perdagangan merosot dua peratus kepada RM152.04 bilion.
Ā Ā “Bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini, lebihan daganganĀ merekodkan pertumbuhan dua digit 23.1 peratus kepada RM163.86 bilion, berbanding tempoh sama pada 2019.Ā Ā Ā
“Jumlah perdagangan bernilai RM1.606 trilion, berkurangan 4.6 peratus dan eksport bernilai RM885.02 bilion, susut 2.6 peratus manakala import merosot tujuh peratus kepada RM721.16 bilion,” katanya.
Ā Ā Menurutnya, berbanding Oktober 2020, jumlah perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, masing-masing berkurangan 5.0 peratus, 7.3 peratus, 1.9 peratusĀ dan 24 peratus.Ā
Ā Ā Mengenai prestasi eksport lebih baik bagi November, Miti berkata, ini disokong oleh pertambahan eksport ke Amerika Syarikat (AS), Singapura, China dan Hong Kong.
Ā Eksport barangan perkilangan menyumbang kepada 88.1 peratus daripada jumlah eksport, berkembang 8.1 peratus tahun ke tahun kepada RM74.34 bilion.Ā
Ā Pertumbuhan ini disokong kenaikan eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E) serta produkĀ getah.
Ā Katanya, eksport produk getah mencatatkan prestasi kukuh dengan pertumbuhan 13 bulanĀ berturut-turut.
Ā Ā “Eksport lebih tinggi turut direkodkan bagi barangan perkilangan lain terutama solid-state storage devices (SSD), barangan kayu serta barangan optik dan saintifik,” katanya.