Hamzah gesa tarik balik warganegara lelaki didakwa hina Islam

0

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mahu KDN tarik balik status warganegara seorang individu di luar negara, yang didakwa menghina agama Islam.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik status kewarganegaraan individu terbabit yang didakwa menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata lucah melampau dalam satu video tular baru-baru ini.
Ahli Parlimen Larut itu berkata langkah itu wajar untuk mencegah rasa ‘kebal di luar negara’ daripada berlarutan.
“Orang yang cakap sebegini di luar negara merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab. Seolah-olah merasakan dia hebat.
“KDN perlu tarik balik status warganegara individu terbabit. Itu lebih baik supaya sesiapa sahaja warganegara kita di luar negara tidak lagi berani bercakap macam itu,” katanya pada sidang media selepas majlis menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surai di Parlimen Larut.
Hari ini, Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘Vijayan Savarinathan’ yang didakwa menghina agama Islam itu berada di luar negara dan pihaknya sedang mengenal pasti lokasi individu terbabit.
Media semalam melaporkan polis sedang memburu seorang pengguna Facebook kerana disyaki memuat naik video yang menghina agama dan umat Islam.
Razarudin dipetik berkata, ia susulan laporan dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Manchis di Pahang kelmarin.
Susulan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama.
Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan jaringan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM453,025.90
Ethereum (ETH) RM11,036.70
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,802.56
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM10.48
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.31
Solana (SOL) RM754.81
Dogecoin (DOGE) RM1.01
Polkadot (DOT) RM20.96
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM11,030.90
Shiba Inu (SHIB) RM0.000066
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM101.21