HRD Corp tarik balik surat tuntutan terhadap 2 portal berita

0

Firma guaman mewakili HRD Corp mengesahkan penarikan balik surat tuntutan kepada syarikat media yang dikeluarkan pada 15 Julai.

PETALING JAYA: Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) menarik balik surat tuntutannya terhadap dua lagi portal berita, iaitu The Malaysian Insight dan The Vibes.

Firma guaman Amrit & Company, yang mewakili HRD Corp berkata, surat tuntutan yang dikeluarkan pada 15 Julai itu telah ditarik balik.

“Kami diarahkan oleh HRD Corp untuk menarik balik surat tuntutan yang dihantar pada 15 Julai,” katanya, lapor The Malaysian Insight.

Menurut surat tuntutan itu, laporan diterbitkan oleh kedua-dua portal berita itu, bertajuk ‘HRD Corp fails audit, mishandling of funds revealed’ mengandungi kenyataan yang dipertikaikan terhadap HRD Corp.

Awal hari ini, Menteri Sumber Manusia Steven Sim mengarahkan HRD Corp menarik balik surat tuntutan terhadap The Edge, yang melaporkan penemuan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Sim berkata, beliau tidak bersetuju HRD Corp mengambil tindakan undang-undang terhadap media.

Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin sebelum ini mengecam ancaman HRD Corp untuk menyaman The Edge dengan berkata, jawatankuasa itu melihatnya sebagai percubaan menekan media agar tidak menyiarkan laporan itu.

Menurut surat tuntutan yang diterima oleh The Edge, HRD Corp mendakwa syarikat itu, dalam dua artikel, telah mencemarkan reputasinya dan pegawainya dengan memutar-belit penemuan Jabatan Audit Negara.

Satu artikel bertajuk ‘PAC flags dubious property deals by HRD Corp’ diterbitkan pada 4 Julai, manakala artikel kedua, yang diterbitkan dalam edisi mingguan The Edge Malaysia pada 8 Julai, bertajuk ‘Frankly Speaking: Total breach of governance at HRD Corp’.

HRD Corp menuntut artikel-artikel terbabit diturunkan dan agar The Edge membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.

Bagaimanapun, The Edge mempertahankan artikelnya dengan berkata, ia berdasarkan penemuan rasmi, dan pihaknya akan melawan habis-habisan sebarang tindakan undang-undang daripada agensi kerajaan itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM400,871.16
Ethereum (ETH) RM7,686.13
Tether (USDT) RM4.26
BNB (BNB) RM2,530.18
USDC (USDC) RM4.26
XRP (XRP) RM9.12
BUSD (BUSD) RM4.23
Cardano (ADA) RM2.83
Solana (SOL) RM614.30
Dogecoin (DOGE) RM0.728564
Polkadot (DOT) RM16.66
Polygon (MATIC) RM0.971857
Lido Staked Ether (STETH) RM7,686.26
Shiba Inu (SHIB) RM0.000054
Dai (DAI) RM4.26
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM83.06