Lagi individu masih memakai ‘gelang kuarantin’ dilihat lepak di kedai makan!

0

Lelaki masih memakai ‘gelang kuarantin’ dilihat lepak kedai makan.

Jika semalam kecoh kes seorang wanita yang memakai tag kuarantin keluar makan ketika masih dalam tempoh kuarantin di Perak hari ini seorang lagi dikesan melakukan perkara yang sama di Ibu Negara.

Terbaru, dikongsikan seorang lelaki di twitter melibatkan seorang lagi individu yang memakai tag kuarantin dilihat melanggar arahan Kementerian Kesihatan untuk kuarantinkan diri dalam rumah selama 14 hari namun dikesan lepak di kedai makan.

Berdasarkan perkongsian dari netizen @isaacosman.tv menunjukkan seorang lelaki, selamba lepak di kedai makan walaupun jelas masih memakai tag kuarantin berwarna pink yang dikeluarkan KKM.

Menurut posting tersebut, lokasi gambar ini adalah di salah sebuah kopitiam di Desa Sri Hartamas.

Menurut Isaac, dia membuat keputusan untuk tidak menegur tindakan lelaki ini kerana kebiasaannya mereka terdiri daripada golongan “kayangan” yang susah hendak dengar cakap manusia.

Bagaimanapun katanya, dia melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa.

Aduan dibuat kepada pihak berkuasa kerana melanggar arahan KKM.

Malah ada juga netizen lain turut membuat laporan yang sama ke atas individu tidak bertanggungjawab ini.

Untuk makluman, pemakai tag ini “tidak dibenarkan keluar dari rumah selama 14 hari” atau sehingga tempoh kuarantin tamat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM448,069.88
Ethereum (ETH) RM11,542.56
Tether (USDT) RM4.30
BNB (BNB) RM2,858.28
USDC (USDC) RM4.30
XRP (XRP) RM11.04
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.55
Solana (SOL) RM783.90
Dogecoin (DOGE) RM1.03
Polkadot (DOT) RM22.30
Polygon (MATIC) RM1.11
Lido Staked Ether (STETH) RM11,521.16
Shiba Inu (SHIB) RM0.00007
Dai (DAI) RM4.30
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM110.86