Lelaki lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong

0

Mangsa dipercayai berenang ke arah sebuah batu ketika mandi di Pantai Tanjung Tokong dan tidak kembali ke pantai sebelum mayatnya ditemukan terdampar di situ. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan lemas setelah mandi bersama rakannya di Pantai Tanjung Tokong, George Town, hari ini.

Mayat A Sekar, 44, ditemukan terdampar di atas batu, kira-kira 50m dari persisiran pantai pada 6.34 petang.

Pemangku Ketua Polis Timur Laut Lee Swee Sake berkata, Sekar yang merupakan penduduk tempatan datang ke pantai itu untuk mandi bersama rakannya.

Mangsa dipercayai berenang ke arah sebuah batu dan tidak kembali ke pantai sebelum mayatnya ditemukan terdampar di situ.

“Mangsa dibawa ke darat oleh pasukan bomba dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi,” katanya, lapor Bernama.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,776.29
Ethereum (ETH) RM7,868.39
Tether (USDT) RM4.31
BNB (BNB) RM2,579.55
USDC (USDC) RM4.31
XRP (XRP) RM9.54
BUSD (BUSD) RM4.30
Cardano (ADA) RM3.04
Solana (SOL) RM644.67
Dogecoin (DOGE) RM0.778301
Polkadot (DOT) RM18.21
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,860.41
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.31
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM92.24